Perkahwinan adalah perkara yang menggembirakan. Sebut saja kahwin semua menggambarkan pelamin dan busana yang indah. Tetapi bagi pasangan muda dan bakal pengantin, mereka masih lagi kabur dengan perancangan perkahwinan. Kadangkala ada juga perkara yang mereka terlepas pandang sehingga keadaan menjadi kelam kabut. Malah apabila sudah hampir pun, anda masih buntu. Ada yang lepas tangan menyerahkan tugas kepada orang lain. Anda sebagai bakal pengantin perlu tahu perkara-perkara penting dan sampingan supaya majlis lebih teratur dan meriah. Berikut adalah perkara yang bakal pengantin mesti tahu.
1. Rancang Kewangan
Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan. Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut, gam, dan lain-lain.
2. Perbincangan
Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.
3. Konsep majlis
Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.
4. Khidmat perunding perkahwinan
Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan majlis anda.
5. Tempahan di kedai pengantin
Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam. Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah. Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.
6. Jurugambar
Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda. Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya.
7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin mendirikan rumah tangga yang bahagia.
8. Orang yang terlibat dalam pernikahan
Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.
9. MenJemput kumpulan muzik
Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.
10. Menu
Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah dirancang lebih awal.
11. Kad jemputan
Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.
12. Hebahkan majlis anda
Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri ke rumah mereka.
13. Pengesahan tempahan
Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.
14. Pemeriksaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV. Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang anda telah tempah menjadi ketat.
15. Rawatan kecantikan
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri. Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.
16. ''Honeymoon''
Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan, kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.
17. Pembantu
Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl dan penyambut tetamu.
18. Senarai acara
Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam kabut.
di cilok daripada: http://www.pesonapengantin.com.my/idea/pertunangan/
No comments:
Post a Comment