DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....
Showing posts with label aminnnnnnnnnnnnnnnnn..... Show all posts
Showing posts with label aminnnnnnnnnnnnnnnnn..... Show all posts

Friday, June 29, 2012

Jumaat ::: REZEKI



Salam Readers,

wa,,,,,sume seronok yer mood happy-happy aje...
yerlah jumaat kan for sure la hepi, sebab bakal weekEnd
okay not much to say, sepatutnya waktu lunch tadi bolehlah nak update entry
tapi tadi tengah bizi copy data dlm PC D**L ke flash disk
sebab ape ?? korang tak tau ke??
Today..yer hari ni la...hari ni last day saya kat SINI...mana?? kat D**L ni la.
tamatla sudah sketsa saya di sini setalah almost 2 yrs gain lots of experience here.
seriusly tanpa Experience disini i am nobody

so beberapa minggu lepas, memang bizi la tangan asik kelik jobstreet
cari keje la katakan
alhamdulilah banyak yang aku apply and attend for interview, ada yang dapat tapi terpaksa menolak
sebab kena fikir macam-macam benda la selepas ni.

ok Plan utama pas benti kje nak temankan mak, nak running bisnes dgn mak
nak seriusly build up family bisnes kami.
tak tahulah bakal terlaksana atau tak coz mak cakap kalo ada tawaran keje better grab je, sbb kami kan bakal nikah soon, so untuk ada income yg stabil adalah penting.
Jadi keputusan masih tergantung.

Nothing much different kalo last day keje, sebelum ni penah keje almost 4 tempat include practikal time la.
Yang paling best ever masa berhenti kerja sebab dapat panggilan PLKN...gigih kan aku pas SPM kje...
Owhoooo terasa panjang pulak.

Rezeki untuk mendapat tempat dalam jawatan kerajaan pulak masih belum tiba
walopon hampir 5 kali attend interview dan sekali dapat calon simpanan
and sekarang rasa sangat down untuk cuba lagi, tapi ape jadi sekalipun tetap terus mencuba.

WeekEnd ni abang incik tunang nak langsungkan majlis pertunangan dia dengan pilihan hatinya...so aku pun follow la jugak nak jadi penyibok...insyaAllah kalo ada gambaq gedek2 aku tepet kat sini yer readers semua.Seronok ek orang nak bertunang, ye almaklumla masa taim aku dulu xsempat pun MIL dgn FIL tgk aku di sarungkan cincin. warghhh nak nanges pulak rasa.okeoke xmola :P


akhir kata ::: REZEKI ada di mana-mana, bumi Allah ni luas...selepas usaha kemudian tawakkal dan Redha
InsyaAllah ada jalan penyudahnya.

p/s : hari ni datang kje incik tunang anto naik moto, hahah last kitorg nek moto pun last year ke last 2 yr aku pun xsure, memang sgt2 jarang, mud hepi japgi incik tunang datang amik kje dan pegi dinner.
Amin.

gambar hiasan ^_^

ok dear sampai ketemu lagi 

Friday, January 20, 2012

Salam Jumaat : Selamat Pengantin Baru




Salam Reders,

oke seperti yang uolls semua tahu
pagi tadi abg Ally kita menamatkan zaman bujangnya
(tadi aku dah taip panjang............tetiba la pulak hilang)

Bangun tido je pagi tadi, mak aku dah kecoh panggil aku
" kak, oo kak, meh tengok sat g Ally nak nikah "
hheheh aku pun layankan aje mak aku di bening pagi, biasalah rutin dia tengok MHI pagi2
Ok dengan muka x basuh, gigi x gosok aku hadapkan jugak....tunggu punya tunggu
alih2 dorang kata dorang akan buat live call dengan Ally di hujung siaran
warhhh terus bangun mandi dan akhirnya terlepas moment yang dok tunggu tu.
Sekali lagi mak aku dok terjerit-jerit panggil aku
Cool x ? hehheh begitulah mak saya peminat terpaling setia MHI
kot2 abg Ally terbaca, ketahuilah bahawa mak saya peminat setia MHI
hahahahha
oke now jom layan beberapa pixca sekitar majlis abg Ally dengan pilihan hatinya Farah Lee
(uiks awat meniba aku panggil abang Ally....hahahah)


cantik kan ??


simple but nice


tedia dengan meja rotan semua ada.....


aku terima nikahnya......

p/s : besnya....ucapan buat sahabatku Siti Aishah dan Suaminya yang bakal melansungkan majlis resepsi esok.

Saturday, November 12, 2011

**TEASER** the day when BFF be sumone fiancee



Salam readers,

baru balik daripada majlis pertunangan kawan baik saya
ex-school mate dan jugak kawan zaman kanak2

hehhehe korag ingat x sape???
ha...kalo tak ingat 
cube korang klik sini...

ha dah tau kan
ok tapi aku xleh nak upload sume
ni ada hasil editan sikit je
layan r...seprais untuk uolls sebab kawan2 len belum update ag 
fresh from oven


p/s : yang lain2 tunggu lah ek...

Friday, June 3, 2011

Kami dah selamat bertunang.....

carian gugel

Bunyi tajuk ja sangat x boley blah....terjawablah pertanyaan kak Bedah yang selama ni dok tanya tak abis-abis....hurm sila refer to below..

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:


Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.


Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.


Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.


Contoh:


"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.


Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.


Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.


Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.


Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.


P/s : Yeah ! cincin dah dpt dua kali so xyah majlis2 bagai....maka segala persoalan daripada mulut kak bedah terjawab sudah....yey! yey! yey!

Tuesday, May 31, 2011

Menggapai Sinar Cinta Allah

Salam readers...
Tajuk hari ni agak la sangat berat...bukan sebab ape...sebab kalo nak bercerita mengenai fakta memang aku bukan antara orang yang pakar.Masa tengah sedap melayan kerja-kerja nan banyak di opis sambil jemari mula menaip setiap balasan email,sambil sebelah lagi tangan indah sajor memetik-metik tetikus dr 1 blog ke blog yang lain dalam erti kata lain (saya sedang blogwalking).

Setiap blog yang aku lewati sumenya ada pengikut masing-masing atas sebab sabib penceritaan hidup sendiri mahupun fakta serta gossip hangat.Tatkala jari terdetik kat 1 blog terlihatkan 1 ayat dan terkasima seketika.... indah sungguh ayat ini...andai setiap yang singgah ke blo itew menjadi follower nya...hurm...rata2 blog yang dah memg utuh dengan follower yang beriban mahupun beratus amat jarang sekali memaparkan sesuatu yang x ramai ingin baca.

Maka atas sebab tu terasa terpanggil-panggil untuk meneruskan pembacaan dan seterusnya mengeshare nya disini...
Mulakan pengembaraan bercerita :-

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.
 
 


Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu. Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136: (maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal

Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain. Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).

Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.

Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya. Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.

Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut “dosa- dosa si polan tidak akan diampunkan Allah.” Ringan perkataan itu di lidah kita, amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim). Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai.


Indahnya Doa Jangan sesekali berputus asa.
 
 
 


Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.


"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)


Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)


Jadi, mengapa masih perlu berdoa?

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.

"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)


Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)


Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.


Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja. 


p/s : Hasil carian Gugel ~ sharing it with readers ~

Monday, December 21, 2009

kendurik punye hal...

Lama x menulih ni....dok lupa kat password jek adui...erm ekteli ade 2 entry yang dah di edit iaitu pix2 gedix masa kenduri mak cik aku aritu....heheh dan yang paling bizis mustilar aku hak hak hak erm dengan everythings yang done macam 50% jerk...agak panas dan tensen tapi sume dapat ditepis dengan baek...



tengoklar pix yang ni bukan mahin posings lagix....ni kejadian-kejadian semasa di masjid waktu majlis akad nikah....masa akad nikah aku n fatyha yg makeupkan...hihihih bakat terpendam.tengokla wajah after kene make up ngan akak make up tu....bukan main lain lagik...ihihi kosmetik kiteowg kosplastik hehehe unde kontrol punyer bajet...ok ok next pix...



yang ni plak pix die dan hubby die(uncle kitorg) shantek x pelamin n hantaran2 tu.....nampak cam serba GOLD jerk kan...heheh especially my cuppy cake yang di tempah khas kat ms. nina TM....cun shangat ngan konsep die nampak sweet n warm....memandai jerk aku menghentam...




hahahah ni sume backdrop punye worker kalo xder part ni musti xjadik punyer....thanx lots to all coz since aku jadi leader sume dengaq kata especially maksu timah n jijah...nakal tp rajin...thums up kat dorang...huhuuhuh


p/s: pengantin da kemana hala posting aku baru nak load tah hape2 punyer editor lar....hiihihnext taim naik gaji baru kencang work in progress,....









Tuesday, July 7, 2009

wHo wOndEr.....


hahahha for da fes time aku rasa teramat-amat gumbira cos da make my own page...now my page di advertise plak...well da banyak kali berhajat sangat nak ade blog sendiri but the time alwez jeles...heheheh so for da fes time nehh nothing much to say la cos rase cam nak pk2 n pk2 lagik tuk letak bahan dalam page aku ni n nak customize smpai cun.....uhuhuh