DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Thursday, August 15, 2013

Syawal pertama suami & isteri




Salam Readers,

hari ni dah 8 syawal kalo x silap almost seminggu la kan kita beraya.Kalo minggu lepas hari yang sama adalah 1 syawal waktu yang sama iaitu ketika ini kami semua masih kat kulim tunggu abang ipar yang sulung kat rumah ibu,lepas maghrib baru bergerak ke Felda Ijok kampung hasben.


Kesah 1 syawal
Pagi syawal yang lepas kami tido umah mak aku n malam sebelum tu macam biasa rutinnya iron baju semua orang.Suami masa tu pegi BBQ dengan kawan2 dekat berek.Aku tak kesah sangat lagipun payah tul nak ilangkan tebiat dia yang sayang kat kawan-kawan, so aku lantak kan aje janji cukup taim pandai lah pulang.Almaklum la tido umah parents aku, so takmo la nt depa ingat apa pulak balik lewat2.Ok bek to the story, pagi tu fes time hidangkan makan kat suami, ihihi tapi yang lain2 pun makan jugak sunat kan lapik perut before solat aidilfitri. Sapa yang tengok kat IG aku nampak la aku post gamaq ni.


outfit nikah jer kami recycle balik feeling nikah tak habesss uhuh, kendian lepas solat, macam biasa bermaaf-maafan.Time ni adalah sooo tacing ok lama abah tak cium dahi anak pompuan dia ni.Memang tetiap tahun aku la yang mula salam abah, pastu emak, kendian tok wan tapi kali ni tambah la yang ketiga suami ke4 baru tokwan.Masa ni suami malu2 la nak salam depan mak abah nyampah citttt.Oh ya gamaq bersalaman nan hado mencik tul.

Setel tu mula la datang sorang2 budak2 kat depan pintu rumah nak beraya katanya, macam biasa tetiap tahun kasik 50sen uhuh noks bukan sorang dua je mai sehari tu berpuluh2 budak2 segenap tempat mai kutip duit raya.Maka setakat itu ja kemampuan kami.

Menu hari tu laksa...oh yummyyyy mak bagi aku makan sikit tapi sikit je la.Kebetulan ramai pulak tetamu tahun ni tak cukup ruang nak duduk n nak makan.Setel bab tetamu baru boleh gerak ke kulim.Menuju ke rumah ibu.Kami berkonvoi dengan abang ipar so kena tgu kat highway.Masa menunggu tu amatlah boring so kami candid laki bini


Nak jugak sedondon, ha maka ini lah hasilnya.Sebelum ni nak bergambaq punyalah payah ini senang2 je dia offer aku haishhh somiku mau pulak.

Perjalanan atas Penang bridge pun ok je maka cepatlah sampai Kulim tak jauh pun dalam 30-45 minit je.
Kat sana kami berkumpul adik beradik suami dah cukup korum baru bertolak balik Felda Ijok.
Sepanjang perjalanan tu tekak rasa mual je pening2 nak muntah (jangan salah paham yer) so tabiat isteri yang hanya mampu tido saja.

Mak njang dah call takut kitorang tak balik sebab dah janji nak BBQ sama-sama.Happy bukan main nampak kelibat 3 biji keta ni.Tapi malangnya malam tu hujan renyai-renyai namun aktiviti ber BBQ yang dah plan awal harus di teruskan.


Sebelum tu maaf ya gambar di copy dr IG tanpa edit.Tengok awalnya bakar tepi pondok di sebabkan ujan terpaksa pindah tepi rumah habis baju bau asap.Seronok kemain 3 beradik tu dapat jumpa sembang-sembang tak sudah.


Ha tengoklah semua dok tunggu dengan sabar ja ayam bakaq yang x masak2.Happy je muka semua, malam tu mak njang asben buatkan kopi "O" panas dengan teh "O" panas je tapi clear hamboihhh kalo kat umah tak minum pulak.Dapat Tab dekat suami gambaq candid aku dok makan pun dia amik cittt.



Ayam bakar yang di nanti-nanti makan sampai kenyang gila malam tu.Kat umah mak njang segala ketupat, lemang, rendang, bihun sup haishhh macam2 la semua kami balun. 

Malam tu semua tidok bergelimpangan dekat hall je, seronok sangat kalaulah arwah mak dan ayah mentua ada mesti lagi syok.Kami menumpang kasih mak njang ngan pak njang je.Sobsss.
Sesekali bila asben kata teringat n rindu kat arwah mak dia aku jadi sangat tacing sampai boleh menangis sebab terlalu kesian.

Now kalo hal-hal yang melibatkan mak aku hasben mesti suruh aku cepat2.Apa saja la mak aku mintak dia tolong, dia tak pernah fail n hampakan mak aku so far depa dah bestfren okayyy hopefully apa yang aku ada dalam dunia ni dapat aku share dengan dia supaya dia tak rasa kekurangan.
-Sad Ending-

p/s : nanti story syawal 2 okaiiii




Pencuri atau Thief - Love Both!!




Salam Readers,

Salam aidilfitri
ni bukan nak cerita pasal aidilfitri uolls
tapi ai sebenarnya nak share dengan uolls lagu sama dua version
yang membuatkan rasa Luv is in the air
music arrangement yang best
petikan gitar yang halus
suara yang merdu
penyanyi yang kacak
semua di blend dalam lagu ni
maka terhasillah karya yang chomel dan menarik ni

Moh kita layan English Version



Yang ni pulak seken version iaitu Malay Version
namun kedua-dua versi ni membuatkan diri "Meltings" seketika
BESZZZZZZZ

Moh layan!!!



P/s : sat g kita stori raya, arini aku ada banyak masa nak share

Tuesday, August 6, 2013

Salam Ramadhan 28 :: Aidilfitri kian jelma




Salam Readers,

Wau after a long-long time never update any entry 
cewah sepeking pulerrr
lama kan tak apdet cter baru

Takde hape, cter cam biasa ja
oh ya last week bz dengan pencarian es box
cewiii kan es box ja pong bukan xpenah ada
tu pasal malas nak up entry
kang sat g readers2 kata cewiiiiii nya uolsss
hahha tapi sebenaknya susah jugak la nak cari yang sesuai dan sepadan dengan budget
banyak benda kita kena matched
bukan takat design malah kelebihan almaklumlah makin canggih semua makin banyak pilihan kita

hokay cerita raya
eh eh eh salah bakal hari raya 
tak lama dah lagi bopa jam saja nak masuk 1 syawal kurang 3 hari 
so tahun ni tahun pertama sebagai wife
tahun pertama raya dengan suami
makanya
awai2 lagi kami dorang dah bincang nak raya kat mana
so sebabkan suami anak yatim piatu 
maka ai bagi line hijau untuk dia buat pilihan
so dia dah konfem nak suh beraya umah ai di pagi raya kemudian balik umah mentua kat kulim kejap then kumpul adik beradik KRU tu terus shoot balik kampung ramai2 dengan mentua n adik2 semua 
yehaaaa my first ever experience.

So kat sana plan kitorang nak tdo umah pak njang n mak njang asben
dorang dah plan nak BBQ semua
Fuhhh memang tak saboooo
Then pagi esoknya baru nak ziarah pusara arwah ayah n mak mentua kemudian beramai-ramai
konvoi ke malim nawar pi jengah tok asben yang tinggal dengan mak su asben ohhh kat sana la terkumpulnya sanak sedara semua
boleh la pi umah pak long, mak ngah semua weeee ateee tahun ni beraya di perak la teman.

Selesai raya sebelah asben terus shoot balik kampung aku kat serdang kedah tdo 1 malam umah tok then esok paginya raya ke 3 ramai2 pegi umah teh ani kat SP kenduri kawen anak dia
Hopefully semua nya berjalan dengan baik sekali
Kita hanya mampu merancang

P/S: Korang cemana???

Okay bersama-sama ini iolls sertakan la poskad raya gamaq we olls dorang 
Mr & Mrs Dut2