DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Tuesday, June 25, 2013

Honeymoon yang sudah basi @_@




Salam readers,

Lama tak hapdet...kan??
meniba tetiba teringat akan saat bulan madu yang manis dulu
Hampa nak ka tengok??
ihihih
ok baiks i try my best utk bercerita sampai muntah ijau
Gitewwww

Let's go bebeh

CAMERON HIGHLAND
here we come

Fes time hokay jalan jejauh bersama-sama gini terasa sangat mud hanimun 
Trip ni sponsored by my kazen
alhamdulilah
asalnya nak bertolak pagi tapi sebabkan keta aku kena service break sikit
so agak tengahari baru gerak pelan-pelan
ingat lagi 
abah punya la dok pesan simpan elok2 surat merah (surat ganti kad nikah)
takut sat g dia plak kena pi jamin kami dua
hahah jauh pemikiran dia
Dengan berbekalkan sambal sotong mak masak kenkunun nak lunch kat RR last2 makan roti je, benti RR semata nak beli jajan +_+ sight 

DAY 1st


meneruskan perjalanan kami, panaih lit lit uolss....nampak tak tin merah tuuuuuuu air kacip kak timah sesuai untuk travel jejauh supaya tidak letih dan lesu gitewwww


barang2 kami 2 travel bag saja...balik tu...berbeg-beg harussss


bergamnbar gedik


meneruskan lagi......


tedia-tedia nak sampai dah...kabus gitewwww


inai masih merah yuuuuuuuuuuuuuuuu, aku bawak heels tapi haram tak pakai pun dok sarung selipar tu je
yang buruk tu lagi selesa


tedia sampai dah kami kat kawasan pekan Tringkap kalo tak salah...kat pekan ni ramai orang asing
masa nak naik ni hujan renyai-renyai



maka beraturlah kami kebetulan ni dah dekat2 ngan pasaq malam brincang tu sebab tu jem sikit



Kami di arahkan owner homestay yang kami duduk tu tunggu kat sini...depa amik kami
well depa baik sangat, both dah tua tapi depa buat homestay keliling rumah depa
belakang umah kami terus ladang stoberi...buka tingkap je uolls
Gambar homestay ada kat phone lain
maka aku dapat bagi imagine saja location dia
Pi google "Homestay Kampung Sedia"
Malam tu dinner beli kat pasaq malam ja

DAY 2nd


Pagi tu kami breakfast kat Lipton Tea Terrace kat sini view dia cantek sangat
oh yer fes time okay buat air kat husband kah kah kah itupun tambah gula n susu je pong!
beli Currypuff je dengar cite scone sedap ada juai kat sini
tapi tak beli pon bekfes light2 je


nice view!


lepas bekfes kami bergambar kat bawah plak.........ramai oiiii tak dapat nak turun sampai bawah mandangkan ramai sangat.


Tengahari tu apa lagi...kami merayau area Tanah Rata plak ok la merayau sambil mencari makan
oh ya kat sini ada juai map cameron tau
kalo hampa nak pi semua tempat2 best leh la beli RM1 je
beli pastu atur 1 by 1
yang naya kalo mai taim cuti sekolah jem sana sini seksaaaa


Petang sikit tu kami saja gatai p ladang teh Boh pulak kat sungei palas
ini bes
sebab nak rentas sampai terrace dia hampa leh guna jalan kecik yang muat-muat 2 kereta ja
mencabar dan bahaya jugak
tapi alhamdulilah sampai jugak walopon agak panas tapi rasa dingin je
sepanjang perjalanan kami tak buka ekon sebab nak fresh air ihihih



Bila dah nampak guard ni n estate kat sini macam ada rumah2 yang sama kaler ceni makanya hampa nak sampai la...



-google-


-google-


-google-

tengokla pemandangan dia....syiok sangat...kat sini ada kilang n depa tunjuk cara proses daun teh
best sangat aku pi dari start sampai last step pehtu siap masuk dalam bilik wayang tu n tonton sejarah teh rest la sat ihihhi


Balik pada tu kami dorang lapaq gila somi ai pi kaunter beli megi cup lolssss
dia kata dok tempat sejuk teringin plak nak makan panas2
hahahha

malam tu kami beli dinner kat pasaq malam
baru tau kat homestay tu ada bilik dapur
cehhhhh
sadissss toi geram tengok sayur2 depa juai murah2 n segar
next time leh mai lagi mengulit kenangan sikit 
ehheheh

InsyaAllah ada rezeki leh plan untuk next trip

p/s : Tetiba terhengat la pulak sebabkan syura menang Masterchef siap dapat hanimun kat paris,,,,i terus teringat cerita hanimun ai yang dah basiiii


Tuesday, June 18, 2013

PRINCESS ibu dan daddy



Salam readers,

bila terbacakan ayat-ayat ni 
terus rasa sebak sebab teringatkan zaman dulu-dulu 
macam mana punya susah asben aku nak tackle hati abah aku
sekarang,
baru aku faham sebenarnya aku ni princess dia yang dia tatang bagai minyak yang penuh
dia nak sesuatu yang terbaik untuk aku
seseorang yang betul-betul boleh menjaga aku
membimbing aku ke jalan syurga
bersama-sama menempuh kehidupan berumah tangga dari mula sampai akhir hayat bersama-sama
auwww im sooo touched


sebab tu kalo masa bercintan dulu bertahun-tahun jugakla dia nak terima pilihan hati aku
tu pun after dia nak kenal abah asben aku
Mebi daripada perkenalan yang singkat dia dapat baca macam mana cara didikan yang asben aku terima
dan in shaa Allah depa daripada golongan orang yang baik-baik gitew.
Barulah terbukak hati dia nak terima asben aku sepenuhnya.

Dulu masa cintun pun banyak sangat pantang larang yang aku rasa tak relevan
tapi semua yang abah buat tu atas dasar kasih dan sayang untuk puterinya ini.
Contoh masa nak keluak dating jangan harap lah boleh sepanjang hari gitew,maka haruslah aku ni keluak lepas zohor dan lepas lunch sama-sama ngan femly balik pun harus lah seblom kui 6 sebab takut aku tak solat asar....so bayanglah betapa bersabarnya asben aku ketika itew.Dia pun tak mau bawak aku keluak over the time. Kalo nak keluak malam plak keluak lepas isyak dan lepas dinner dengan family balik umah harus sebelum 11 malam ...ketat dengan syarat.Berbaloi kita ikut cakap mak pak kita tak rugi dunia dan akhirat.

Bila dok sembang2 dengan asben aku, kami sama-sama berharap dapat jaga princess kami macam abah aku jaga aku dulu-dulu...in Shaa Allah.



p/s : i love u abah happy belated fathers day

Monday, June 17, 2013

Kalau Aku Kaya




Salam Readers,

Kalaulah aku kaya......................hari hari hari raya
kah kah kah
aku pun buat macam dalam lirik nih

@_@



enjoy uolls 

Tanaka murah......murah!!!




Salam Readers,

Apdet pendek dari ai
ihihi
begini sabtu lepas barang baik yang di tunggu-tunggu kunjung tiba
iaitu bedak Tanaka ala yang tengah pemes emes tu..



-google-

untuk sekarang ni wana ijau paling laris dan tak cukup stok

Price : RM16 
Pos : sem RM6 / wm RM8 
Berat : 110 gm
PRE ORDER ONLY - tutup order sampai ujung 25hb JUNE

Kesan-kesan after pakai bedak ni (testimoni diri sendiri)

- boleh aply for foundation n bedak sejuk dikala malam
- masa buat fondesyen korang basahkan muka n terus oles je pastu sapu bedak cam besa, dah balik umah after cuci kulit muka rasa segar je dan sepanjang pakai fondesyen ni kurang berminyak di muka n bedak tahan lama.
- masa malam aku buat bedak sejuk memang aku basahkan terus atas bedak ni biar berair, jgn risau coz kat dalam tu cepat mengering kecuali kau simbah sebaldi air conpem la basah.
- after cuci muka kulit muka rasa halus mulus gitew then jerawat kecik2 tu dah mula kecut kecuali hat besaq n ketegaq. 
- oh ya masa apply as fondesyen aritu aku memang sapu kat muka ala-ala scrub n keluak semua kulit mati sebab muka aku ada mengelupas skit.
- gambar buat masa ni tadak g...nt aku free aku snap


Actually aku bukan la nak menega sangat..tapi aku lebih kepada nak share apa yang elok n aku dah try boleh la hampa try sebarkan kebaikkan apa salahnya.
la ni kami laki bini dok pakai malam2...pakat dok gelak tengok muka masing2 hahahha
masa barang ni tengah hot belambak kat market nt kalo dah suram sure susah dapat.

p/s : jom kita bertanaka 

Friday, June 14, 2013

Check Up terakhir





Salam Readers,

Masih cerita ceriti keguguran temph hari.
Last week masa check weak positive lama jugak status weak positive tu, alhamdulilah ari ni dah negatif.
Saya sudah normal.



Macam biasa nurse bagi kit untuk letak sample air kencing, arini senang pulak nak kencing...big clap untuk diri sendiri.Rasa sangat di ambang wati yuuu...feeling terok @_@ .Dah abis kencing tu kena la tunggu resault dari lab.Aku duduk je la depan bilik scan tu sambil terpandangkan ade sorang budak pakai baju wad biasa(baju ijau) kalo wad gynea baju pink macam wad bersalin tuuu.Laju je budak tu masuk dalam bilik scan, sambil terbongkok-bongkok nampak macam serius sakit tuuu.Then datang pulak sorang aunty ni pakai baju pink pun nak scan jugak.Aunty tu buat operate buang tempat beranak, tak sakit katanya....iyooo. Masa tengah rancak sembang ngan aunty tu tiba-tiba terdengar sore budak yang masuk dalam bilik scan, suara kejap2 menjerit sakit, kejap2 menangis...dalam hati aku apa pulak la ujian kat dalam tu.Terus rasa nak terkucil yuu....otak ligat pikiak tah2 budak ni cuci keguguran kot...pasetu sakit..eh tapi bdk ni kan pakai baju ijau maksudnya dia bukan sakit puan.Adoi..kejadah la dok pikiak masalah orang. 

Dalam sejam jugak la tunggu last2 budak tu keluaq, rupanya dek kerana lum kawen dia takut tengok scan vagina yang panjang tu...sebab tu dia jerit dan dia ingat sakit...lohhhhh kesian adik tu.Dia gaduh sakit dalam perut tu yang doc dah suspect macam2 sampai kena scan vagina bagai.Dah la ada dokter ensem dalam tu....aiyooooo dokter melayu macam muka pelakon azlee khairi ka apa ka nama dia..yang berlakon mahabbah cinta tu.Tedia...patutla budak tu merengek panjang. choiiii ihihihih.




Dok sat muncul Dr. Raihan...amboih bizi sunggoh dia sian dia...Dr, Raihan ajak sembang skit.Ketaq perut dah...Dr. Raihan kata upt aku dah negative dah normal...hepi...lompat bintang +_+. Tetapi kak bedah, walopon mud terawang2 hepi gitew Dr. Raihan menegaskan aku kena rehat almost 3 kali period, baru boleh cuba untuk pregnant kembali.Oh myyyy...terus laju je aku tanya...dengan suami ?? Dr. Raihan tersenyum kecik dia kata boleh la gila xboleh uolls kan baru kawen...kui kui kui....blushing ai tetapi dia kata awak kena bersedia untuk avoid pregnancy within 3 time period.Pandai2 la cari alat pencegah kehamilan such as condom centu....takpun boleh try amik pil perancang.So buat masa ni checkup awak dengan kami tamat di sini... Tetiba aku terus je cakap yang kitorang me n asben dah TERRRR excident bersama sebaik kering darah aritu...doc dah senyum kambeng...ok malu sangat time tu...Doc cakap xpelah nak buat camne semua dah jadi..so kena alert on next period.hopefully tak lekat.Kalo lekat bahaya keguguran mungkin bakal terjadi.So dia suruh rehat n extra care untuk diri sendiri.




Oh begitu rupanya.....selama ni aku tak penah tau pun apa-apa sebab musabab berkaitan preg and so on. Aku ingat period cycle aku tak betul maka susahlah aku nak pregnant tapi aku silap yang mengatur tu yang Maha Esa bukan aku bukan sapa2.Indahnya saat2 aku tau aku boleh mengandung, dah mengandung ada sikit-sikit alah yang aku n suami dapat rasa walopon sekejap tapi tu semua memori sangat indah untuk kami.Sumpah sampai arini aku rasa syukur yang tak terkira dan aku tak expect secepat itu..Allah knows the best...everythings happen for a reason. Readers......doakan kami berjaya menimang cahaya mata suatu ketika nanti.

p/s : Batuk2 manja n flu x abes2 menyerang aku yang lemah...tp sekurang-kurangnya terhapus dosa2 kecil.

Wednesday, June 12, 2013

Bila Mak Mentua buat lawatan mengejut @_@





Salam Readers,

Alhamdulilah sekarang dah feel much2 better than before, syukur..tapi masih under kawalan Gynea lagi.Checkup di teruskan macam biasa week by week till everythings okay.Pantang pun ai teruskan sendiri atas guide mak n mentua. Dah nak kembali kerja afta cuti seminggu....cootiiilah sangat tetiap ari masuk gak opis tp skejap je sampaikan bos aku dah marah2 yuuu sambil dok conference dengan dia kat UK ritu dia sempat menasihati iolss gitew..timaceh bos atas ingatan murni.Ok back to the story.....

Kesahnya khamis lepas MIL planning nak datang rumah tapi aku still kat umah mak...so aku cakap kat asben malam pas balik dari ofis aku terus balik umah siap aku pesan lagi suh balik awal kemas apa yang patut...tapiiii nan hado dia nak balik awai.Grrrr.........at the end isteri mithali yang tengah sakit tu ler yang kemas...cemana aku tinggalkan umah ahad 2 minggu lopeh cenggitula keaadaanya...adoi somikuuuu mujur mentua aku tak jadi datang khamis tu.

Next day lepas check up kat Gynea terus pi amik MIL ngan adik2 penuh keta la dengan MIL yang shopping langsir raya kat KAMDAR SALE katanya....huntonglaaaa duit banyak +_+ . Sampai kat umah dah petang skit makanya aku suh depa lepak-lepak ja sesambil layan tibi....kejinya menantu ni, bukan apa MIL aku kata rehat tak payah buat hape2....uhuhuhuh. Kebetulan malam tu ada pasaq malam..ohhhh heaven memang tak payah masak la aku malam ni.Tengok keji kali kedua menantu niiiii tidak uolls aku kan tak sehat MIL cakap relaks je.Kah Kah Kah.....

Lepas maghrib malam tu kitorang ramai2 gerak ke pasaq malam sangat tak jauh dari umah aku...budak2 ni memborong sakan la kan...MIL aku nampak doyan tudiaaaa memborong dia...aku suh uncle tu kopek semua letak dalam bekas MIL aku cakap x sedap macam tu...pulekkkk, aku nak senangkan dia je...maka hangkutlah bebudak tu doyan ke umah aku.Sebab MIL aku tak bagi aku angkat apa pun.... *_* ko nampak drama menantu sengal nih :) ihihihih

Dah dinner bagai....aku pillow talk dengan MIL sementara adik2 sebok layan tenet lah tibi lah...asben aku dah cacing kepanasan la lama tak keluak malam sorang2 gitew kan.Eh Eh Eh bes jugak pillow talk dengan MIL nih....korang yang dah kawen leh la cuba @_@ ...rindu zaman pillow talk dengan mak aku dulu...uwarghhhhhh.......bila sembang ngan MIL abis semua ruhsia ruhsia somi terbungkar yuuuuu hahahha.
Biasa sembang ngan orang-orang tua ni banyak la nasihat dan input yang bagusssshhhh.

Esoknya lepas kenduri terus pakat dengan abang ipar antar MIL & adik2 balik ke kulim seronok macam nak balik kampung lah rasa nya....tapi sampai je kubang semang somi ku gatal tekak nak makan Satay,ape lagi MIL pantang anak jantan seko ni mintak laju jeeee...hahah kenkunun kesian kan dia yang tengah selsema gitewww 100 cucuk satay + side dish semua MIL blanja...kami yang menantu ni relaks je hahaha jahat tui.

Sekarang ni kat umah rasa sunyi je...kalo rumah ada ramai orang n bising2 macam wiken lepas kan best....rindu pulop nak pillow talk lagih dengan MIL..................... <3<3<3.  oh ya masa dok lepak2 aritu MIL bersuara ajak kami2 semua sefamili terbang ke jakarta...maybe end of next year bagi stabil semua dulu.baby amsyar pun masih dalam incubator.sian dia...........

p/s : sejak 2 menjak entry aku sume tadak gamaq pasai henpon galaksi aku rusakkkkk 



New familia
tengah2 tu mentua ai, sebelah asben abang sulung dia sebelah ai abang seken dia depan kami adik2 asben n yg pakai baju ijau terang kasut kuning tu anak sedara asben

Sunday, June 9, 2013

Kisah Keguguran II



Pastu................
Doc amik darah sebab nak hasil yang lebih accurate katanya.Yerlah silakan doc...dah macam bahan eksperimen.Lepas dah check begitu aku di minta untuk rehat kat spital...oh maiiii sedih pulak nak tido sorang2.Suami dari awal sampai dah kena admit dia teman aku...tacing ai...

Oh ya masa dok rehat kat hospital kejap-kejap dorang akan check BP aku...mula dengan tinggi lepas tu beransur2 jadi normal.Itu semua bukan apa, aku ni jenis penakut sikit so perasaan takut tu dah pengaruh peningkatan BP.

Malam tu doc yang bertugas waktu malam dia buat kesimpulan mudah yang aku dah dalam keaadan normal.Dah boleh discharge...nothing serius.Fine awal-awal tu Dr. Raihan cakap Low dangerous, sebab tu dia nak pemantauan rapi..ni kau cakap nothing serius.Aku dah tentu lah hepi leh balik manja2 dengan somi kann.

Sebelum betul-betul discharge kena tunggu urusan discharge selesai then nurse yang baik hati tu cakap kat aku nanti kamu kena datang lagi jumaat depan.Lohhhhh capekkkk.

Maka aku jalani hari-hari berpantang aku macam orang baru bersalin bezanya pantang ni leh makan benda gatai sebab aku tak operate tapi aku rasa ada banyak tak boleh makan daripada boleh.Mak aku ada set sorang akk ni untuk mengurut.Alhamdulilah lepas dia urut tu ari khamis turunlah janin yang seketul daging tu.Tapi si ibu yang bodoh ni dah pegi buang ikut laluan air.Manalah aku tau...its my fes experience jenuh aku kena bahasa dengan tok su aku.adoiiii.

Habis turun semua tinggal darah yang saki baki saja....kesakitan pun hampir sembuh.Tapi turun je janin memang dah tak rasa sakit yang amat itu.Sejak amalkan pantang aku ni suka sangat la minum milo yang pekat2...sooooo terjadilah satu penyakit baru...SEMBELIT....seksa masa meneran oiii sampaikan terpaksa aku mintak di urut lagi...Alhamdulilah selesai urut bagai aku beli ubat senang membuang.Hope ok la pasni.

So jumaat yang di janjilkan sekali lagi lah turun ke wad Gynea...Dr.Raihan dah tunggu dengan senyum nurse hulurkan bekas untuk kencing lagi...ohhhh maiiii again n again.Sekali lagi weak positive,,,why???? sedangkan dah turun semua memang confused.Pastuh doc sekali lagi scan perut n scan vagina hurm..........again demmm!! Aku pasrah je sep baik dah tak berdarah menitik-nitik.Darah pun kena amik lagi,tapi ada doc junior 2 orang buat sorang pun x berjaya lagi...sampai 5 tempat baru dapat.Gila tui...last week doc cina yang ensem tu buat ok jer...nampak sangat kejunioran kau doc oi.

So Nurse pun bagi temujanji lagi sekali next week jumaat sebab nk tgu resault darah n sekali lagi upt.haishhhh siap sedia minum awal pagi...memang big question mark betui.Tapi syukur dah tak sakit seteruk aritu....apa pun berpantang kena terusss mak aku bising kot.Aritu masa mak mentua datang tinggal kat umah aku sat dia ok ja...semua dia kasik hentam kecuali yang sejuk kata dia.Itu bisa dia aku nanti tanggung lebih teruk.sporting lah gimme fai skit mak mentua ku sayang.Kaw2 dia layan aku..somi dah tarik muka coz sume dia kena buat.Memang relak gila la...tak yah buat apa hatta sampai ke buat air MIL x bagi ihihihi huntong huntong! konspirasi sunggoh :)

p/s : aku oke je tak la frust teruk cuma terkilan sikit...somi pun ok jer.Sekarang ni kena telan air liur je la..kalo posing seksi pun tak guna dia punya la risau maka dia rela posa...haishhh melepas kah kah kah!


Kisah Keguguran



Salam readers,

Alhamdulilah masih di beri nyawa untuk nikmati hidup hari ini.
Cerita entry ni lebih kepada kesinmbungan ataupun more related to entry 
maka hendaklah kamu-kamu marathon membacanya :)


Okey kisahnya macam ni
pagi jumaat yang murni @ 31 May akibat sakit senggugut yang tidak henti2 almost seminggu
aku gigih jugak pegi Klinik kesihatan kerajaan and dah pangkah siap2 klinik swasta.
so lepas dah dapat jumpa dokter and explain all over again the trailer doc suruh aku pegi kencing.
Ohhh sadis ni memang failed!!

Beli mineral sebotol then tunggu dekat setengah jam jugak la nak kencing tu,sampaikan orang yang nak buat test kat lab tu dok tanya pat ploh kali.Haiyoooo malu ai.
oh ya jumpa ex-school mate n ex-hr masing2 dah overdue n today dah lahir cahaya mata masing.
Setel hantar sample air kencing aku tunggu je la resault dia.Pastu masa dia panggil n aku nampak dia cop kat resault tu positive.Dalam hati " eh ade lagi ka dalam perut ni..." harapan sangat terus terjah pintu dokter
Doc scan perut n part ari2 tengah tu ada ketulan.Doc cakap kat KK alat scan n screen tak canggih.Maka dia suh aku refer emergency n dia cakap ada simptom2 mengandung luar rahim.Ohhh maiiii rasa nak pengsan masa tu.Kebetulan time tu jugak amik BP, gila memang gila dah tentu2 BP aku tinggi gila-gila...n nurse yang amik BP tu dok bletiak tah hape2 aku buat tak tau je.

Masa tu perasaan aku sangat bercampur baur.Terus call hasben aku nanges macam nak gila. Terus dia temankan aku kat emergency.Macam biasa procedure dorang... doc suh kencing lagi. Pastu dia celup UPT negative aiyooo aku rasa macam nak mengamuk pun ada apa ni kejap positive kejap negative.Tengok doc tu pun macam junior sangat.So datanglah sorang Doc pompuan yang stenby tepi doc junior tu and dia suggest untuk scan.Setelah scan dorang dok cakap berdua n bahasa saintifik bagai2 la yang keluaq.Doc cakap aku early pregnancy tapi janin dah terlalu lemah, jadi konklusi dia aku dah keguguran.Masa tu perasaan biasa sebab sebelum ni aku dah dapat agak semua.

Sekali lagi dorang refer aku ke pakar wanita (Gynea), perasaan bercampur baur tu buatkan degupan jantung jadi tak menentu kadang di pam dengan laju kadang pelan.Confused!
So doc kat gynea Dr. Raihan macam sebaya aku , dia yang handle kes aku.Makanya lepas di explain n hasil bacaan report2 sebelum, dia pun advised aku untuk scan vagina.Aku pernah baca hasil google yang lepas2 scan vagina lebih tepat depends to scan perut tapi agak sikit sakitla.Takpe demi kesihatan diri sendiri relakan aja...bayangkan la dengan darah masih overflow,kangkang macam orang nak bersalin dokter keliling.Malu confem2 tolak tepi.Darah menitik-nitik lantak pi lah.Pastu............................


p/s: sambungan to the next entry :)

.