DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Wednesday, September 25, 2013

Perginya Dia untuk selamanya... wira sejati (tribute koperal Zal-azri)







As salam readers,

Lama tak menulis, lately sibuk sangat dengan kerja ofis dengan kerja rumah dengan part time kat kedai mak.
Life must go on.

Sebenarnya nak cerita tentang kematian sepupu yang baru-baru ni menggemparkan kita semua dan khususnya keluarga besar kami.

Kalo sapa-sapa ada baca berita tentang kisah wira sejati Koperal Zal-Azri yang maut dalam pergelutan dengan penjenayah pagi isnin lalu.


dan yang ni


Pagi isnin lepas aku balik dari market mak aku dah muka merah menangis, terkejut jugak dah kenapa.Tetiba mak aku kata " kak abang azri dah tak dak! " haaa memang aku rasa macam tipu, tipu dan sesungguhnya tipu.Aku tak percaya. Terus call mak lang (mak arwah) dengar suara esak tangis....Ya Allah betul la apa yang jadi pagi tu aku tak mimpi.

Mula terkenang peribadi arwah yang sangat mesra, penyayang, ramah n dia orang sangat respek semua orang.Boleh di katakan semua orang kat tempat aku kenai arwah n sebab sifat2 positif beliau.Dulu kat skolah kemain dia jadi ketua KRS sapa2 bebudak KRS mesti sangat2 ingat n rindu beliau. 

Tak cakap banyak terus contact best fren aku adik arwah Hartini~tini tanyakan tentang jenazah yang ada kat melaka.Kebetulan tini pun dekat beranang je so dia antara paling dekat n sampai kat hospital temani isteri arwah kak tikah.Kebetulan jugak tini pun bakal pindah ke melaka ikut somi dia.Tini kata take time nak tunggu unit forensik and pakar dari KL too bad masa tu dah pukul 10-11 am.

Petang tu memang tak pi keja la sibuk dok melayan call msg dari kawan-kawan.Tak online pun hari tu suasana sedih dari pagi membawa ke petang sampai ke tengah malam.Semua saudara mara dah penat menunggu jenazah.Tapi aku yakin n pasti ini penghormatan terakhir walau lambat cemana pun semua tunggu dengan sabar.

Lepas kemas2 rumah aku sebab sedara mara yang jauh nak tumpang tido terus kami pi makan malam tu lapaq sangat pagi tu nak makan pun tak selera.Tengah makan tini sms aku ckp kat simpang pulai dah dalam kurang 2 jam mebi smpai.So at least kami kat sini ready.Nak masuk kawasan perumahan pun berderet kereta, moto polis keta polis, polis-polis haishhhh ramai lah dengan press yang dok asak soklan macam-macam.


tgk mak aku pun ada dlm snap sapa tah ni sugul pulak muka mak



Jenazah tiba dalam 1:15 am sempat la masuk dalam tatap wajah arwah buat kali terakhir.Jenuh jugak nak dapat masuk sebab terlalu ramai sangat-sangat.Tu pun menyelit la jugak tini tarik aku pun terlepas tgn aku  dek orang ramai2 gitu.

sumber APT -analisis politik terkini



Lepas selesai solat jenazah dalam jam 2:30 am tak silap kami semua tunggu kat kubur dah.Hasben aku kata sesapa yang tak dapak tengok arwah buat kali terakhir dapat tengok jelas kat masjid masa solat jenazah.Untung semua dapat tengok tak dak la yang nak bebai. Kebetulan masjid dekat ngan kubur ni belum di gunakan lepas renovation so terpaksa balik ke masjid aku nikah dulu.


Alang anak beranak dan suami, kesian dekat muhammad anak arwah. depa memang close.Sayu tengok anak kecik tu tak tau apa-apa....

Last tadi aku pi luang masa sikit dengan tini and dia dok cter apa yang jadi kat hospital and perjalanan depa eskot jenazah.Kebetulan masa tu ada beberapa polis mai ziarah tadi n alang masih dalam kesedihan.Tak sampai hati aku nak balik tadi.Kuat peluk dia menangis sampai tak dak kekuatan dah.Sedih sangat-sangat.
Tadi niat nak jumpa kak tiqah sekali tapi dia dah balik rumah family dia kat bertam.Mungkin bagi dia dalam rumah mak mentua dia tu penuh dengan kenangan arwah sbb tu dia nak bersendirian.Bukan senang untuk redha. 

Doakan mereka di beri ketabahan melebihi kekuatan. rindu abang azri yang tak leh lupa berpantang bersunat kat umah tok aku dengan sorg g sepupu lawak tui aku la tukang kipas depa dorang....haha :'(




p/s : Harap maklum semua sumber gambar dan video bukan dari aku, masa tu aku sendiri pun tak dan nak pegang henpon bahkan kamera apatah lagi video cam.

2 comments:

  1. AL Fatihah...sedih jugak dengan kematian sadis dia..sepupu yani rupanya...hope isteri dia dibrei ketabahan...sian dan sedih juga tengok 2 anak dia...especially yg baby tu...** aduhai sambil taip mengalir airmata..takziah seisi keluarga ye

    ReplyDelete
  2. tu lah kak...kesian anak2 n wife dia yang tak penah bekerja sblm ni n nak kena move on life.Yang paling sedih depan kami semua isteri nmpk sangat tabah n tenang, tp bila dalam bilik or bilik air dia akan nanges sorang2.Harap di beri kekuatan untuk dia bangun semula.

    ReplyDelete