DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Thursday, June 9, 2011

Apee pun tak boleh ?? Eh...boleh la..

Salam readers,

Ini ada satu berita panas.ehhe sejak saya dan kawan2 beli pakej E-book yang mana email utama adalah email saya maka setiap minggu admin company akan auto hantar beberapa tips.Macam2 Tips yang boleh di guna pakai..Tapi kali ni topic dia sangat hangat…hampa nak tau apa tajuk de tu bagi 
"Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok!"
Pastuh saya dapat kecaman dari reader email ni…macam2 la pendapat depa…jom review…

Sila Baca --> 
Semua bahan ini adalah asli dan tidak bermaksud mencerca atau bertujuan kepada sape2..hanya lah 1 bahan bacaan santai dan pendapat dari teman2 sajor..

Warmest Regards,
Iryani Rahman

-----Original Message-----
Subject: Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok!

Assalammualiakum & Salam Sejahtera..

Kali ini, saya ingin berkongsi tips yang diberikan oleh Dr. Asri tentang memilih pasangan.
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;

1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2) Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4) Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Jadi, fikir-fikirkan lah...
Bagi yang sudah terlanjur mempunyai pasangan yang merokok, mungkin anda boleh cadangkan ebook
"Jom Berhenti Merokok" kepada mereka. Ebook tersebut boleh didapati di 

http://www.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=Ksyc&mc=BR&s=QTlnC&y=C&

Sekian, terima kasih

Yang ikhlas

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
www.maskahwin.com


Cuba tengok komen pertama nih…


Hi Iryani,

Mentang2 lah saya merokok... :-(



  Bazli Fikri

Tech. Support Specialist


(I reply …merokok itew subjektif)


Yang kedua…

SOKONG..!!!!


Best regards,
Nur Shuhada bt Sahari
CSG Senior Associate


(heheh sume dia blasah sokong jerk)


Yang ketiga heheh

Kami pn sokong...ape cer org y mrokok...hahaha!

Thank You & Warmest Regards!
Shahrul Abd Rahim
CSG Senior Associate


(hat ni…sokong kunun yer lah tu,,)


Yang ke empat…

Ckp kat pasangan tu, kalau dah kawin nanti abg berhenti la merokok... ahaks..

Regards,

Syukri Ibrahim
South Asia Customer Care Specialist


( I like…pandai na…dia kaber line)


Yang ke lima

Assalamualaikum,

(^_^)

Best Regards,
Syazwan Shamsuddin
Technical Support Expert

(Bagus dia tidak merokok jadi die senyum xperlu kata apa2)

Yang ke enam

Pirah!

Heran ngan semua ni?
~Ada mintak duit kat hampa smua ka?
~Ada pi bg asap kat meja hampa ka?
~Klau kami x isap rokok apa kami nak isap?
~Klau kami mati pon ada mintak duit kat hampa ka nak kebumi kami?
~Ada hampa bleh rasa ka klau kami sakit pon?
~Mcm na hampa tao kami merosakkan kesihatan hampa gak?
~sedangkan mak bapak kami pon x larang dah...sapa hampa semua nak larang?
~APA YG PENTING ADALAH KAMILAH ANTARA PENYUMBANG TERBESAR KEPADA EKONOMI NEGARA~ ~JGN BERANGAN NAK DAPAT SEKOLAH,HOSPITAL FREE KLAU KAMI X DAK.~ ~ROKOK ADALAH SUBJEKTIF~
(Ni dah jadi agak hot…)

~SOORY KAK YANIE, PERLU PERTAHANKAN DIRI SENDIRI KERANA NAMA DI LOOP DALAM EMAIL NI...SBB PA HAMPA X CITA PASAL POMPUAN MAKEUP PLAK? KAN SAMA2 BAZIR TU..MAKEUP UTK TUNJUK KAT LAKI KA, OR TUNJUK KAT PUBLIC? ORG YG TGK PMPUAN PAKAI SEXY2 PON DAPAT DOSA GAK? X KESIAN KA KAT LAKI YG DAPAT DOSA NI? U ALL STOP MAKEUP,STOP PAKAI KETAT2(TUTUP AURAT), KAMI STOP SMOKING? DEAL? RASA2 SAMPAI KIAMAT X BLEH....

TQ BYE!

KHAIRI YAACOB!


( hahha rilek2 I terima u olls punya opinion okehh…I suka komen dia telus)


Komen ke tujuh

Hidup Khairi!!

Best Regards,
Muhd Zuhairi Bin Ahmad
Technical Support Expert


(bekap na…)


Komen ke lapan

Tuudiaaa..Marah betul dia..Aiyarkkk..

Best regards,
Nur Shuhada bt Sahari
CSG Senior Associate


( Dia nak jadi ice cooler…tenkiu dik)

Komen ke Sembilan

Salam...
Nak jawab2 heheheh (bukan nak debat saja nak komen )

~Ada mintak duit kat hampa smua ka?
= xde. sebab x berminat nak melabur bersama

~Ada pi bg asap kat meja hampa ka?
= xde. Cuma kesian kat org len yang makan asap sama2 (prihatin)

~Klau kami x isap rokok apa kami nak isap?
= haishhh xpayah jawab ni double meaning okehh

~Klau kami mati pon ada mintak duit kat hampa ka nak kebumi kami?
= xbaik ckp mcm tu...(xdak komen )

~Ada hampa bleh rasa ka klau kami sakit pon?
= berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

~Mcm na hampa tao kami merosakkan kesihatan hampa gak?
= mebi bukan kesihatan kami.tapi tajuk asal "Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok" jadi mebi ganggu kesihatan pasangan anda.

~sedangkan mak bapak kami pon x larang dah...sapa hampa semua nak larang?
=kami xlarang,kami share saja...

~APA YG PENTING ADALAH KAMILAH ANTARA PENYUMBANG TERBESAR KEPADA EKONOMI NEGARA~
= bagus.Terima Kasih anda semua.

~JGN BERANGAN NAK DAPAT SEKOLAH,HOSPITAL FREE KLAU KAMI X DAK.~
= uhh ye ke...terima kasih sekali lagik.

~ROKOK ADALAH SUBJEKTIF~
= Jangan pilih jalan hitam (subjektif jugak)

~SOORY KAK YANIE, PERLU PERTAHANKAN DIRI SENDIRI KERANA NAMA DI LOOP DALAM EMAIL NI...SBB PA HAMPA X CITA PASAL POMPUAN MAKEUP PLAK? KAN SAMA2 BAZIR TU..MAKEUP UTK TUNJUK KAT LAKI KA, OR TUNJUK KAT PUBLIC? ORG YG TGK PMPUAN PAKAI SEXY2 PON DAPAT DOSA GAK? X KESIAN KA KAT LAKI YG DAPAT DOSA NI? U ALL STOP MAKEUP,STOP PAKAI KETAT2(TUTUP AURAT), KAMI STOP SMOKING? DEAL? RASA2 SAMPAI KIAMAT X BLEH....
= ya betul sekadar renungan sila ambil iktibar.tenks for respond on this mail.

p/s : Semua balasan komen hanyalah untuk suka2...xde kena mengena ngan sapa2..chill.

Warmest Regards,

Iryani Rahman
South Asia Customer Care Specialist


Pastuh nak tengok depa komen apa plak…hihihihi…

Komen ke Sepuluh

Tersenyum baca respon kak yani..i loiikkeee..!!!

Best regards,
Nur Shuhada bt Sahari
CSG Senior Associate


( ko asik suke je ye dik…)

Komen ke Sebelas

Setuju kak Yani......
Setuju sgt...nanti sy belajar berhenti merokok... :-)
- X nak pilih jalan hitam dah -

  Bazli Fikri
Tech. Support Specialist


Komen ke Duabelas

Lelaki yang suruh perempuan berenti make up, Cuba suh pasangan anda keluar dating tanpa secalit bedak (bedak pun masuk dlm make up set) muka pucat...muka sememeh je?
Cuba kuar tgk, anda berani tak? Klu dlm hati tak merungut kata...'hampeh pnye gf, ada ka aku ajak kuar, hang bleh siap mcm ni, mcm muka tak siap!'
Nanti tanya pulak...'awat muka teruk ni? Pucat je........

Sekian....

Best regards,
Nordiyana Md Aini
SADMG - CSG Sr Associate


(Super senior thanks bagi respon )

Komen ke Tigabelas

TEAM...
PLEASE BE ADVISED THAT..I DON’T WANT TO BE IN THIS MAILED. YES I'M A SMOKER AND IT'S MY CHOICE (SUBJEKTIF) AND IT'S TRULY MY OWN CHOICE. UTAMAKAN PASANGAN YANG XMEROKOK ADALAH SGT2 BAIK...DAN SAYA PUN SOKONG!!!! SO JANGAN LA PILIH SAYA...SB SAYA PEROKOK...SIKIT PUNYA RAMAI KAT LUAR TUH YANG XMEROKOK...SIAP ADA Y KUALITI IMPORT..MADE IN INDO, MADE IN PAKISTAN AND ALSO GOT MADE FROM BANGLADESH..MAKE YOUR WISE CHOICE LATER LADIES..HAHAHA...APA KELAS PILIH PEROKOK..DAN APE KELAS GAK MEROKOK NIH..HAHA....HANYA PEROKOK Y MMGETI PERASAAN SEORANG PEROKOK...HAHA
CIK XMAU DENGAQ SEMUA NI..KALU PAK MAIL TAU...MAMPUIH KITA SEMUA..(thnx to kongsi)***ini adalah skrip drama semata2..tiada kena mngena dgn y idup atau y tgh baca email ni***

Thank You & Warmest Regards!
Shahrul Abd Rahim
CSG Senior Associate


( Langkah selamat dua-dua dia sokong)

Komen ke Empatbelas

Setuju sangat pendapat wanita yg bernama Nordiyana Md :-D


  Bazli Fikri

Tech. Support Specialist

(Hurm…setuju ngan super senior)

Komen ke Limabelas

Skrg tanpa make up pun cantik apa... inner shine kan ada.. natural beauty...  ahaks...
So,kurangkanlah bahan chemical dan amalkan gaya hidup yang sihat..
So,sama2 lah kita berhenti merokok pada...  :-D

Regards,

Syukri Ibrahim
South Asia Customer Care Specialist


(Inner shine..pandai la de ni kan…untung2 awek macam maya karin)

Komen ke Enambelas

Pada ape syuk..?
Saye pon xbape suke makeup..Cuma pd hari2 yg nak bajet cun tu mekap la sikit2.. =p
Bukan hape, saje nk tyg jerawat..huahuahua..


Best regards,
Nur Shuhada bt Sahari
CSG Senior Associate


(Makan cuka manis hilang la jerawat)

Komen ke Tujuh belas

From (nama dirahsiakan)

Daripada semua yg anda bg, ternyata benda ni x dak kena mengena ngan hampa.. hampa menjatuhkan maruah kami semua dengan niat kami sukar nak dapat jodoh klau kami hisap rokok? Jgn hasut perempuan utk mencari pasangan yg tidak merokok dan meninggalkan lelaki yg merokok. Apa jalan hitam klau merokok? Tu ja persoalan? Nampak jawapan kat bawah semua positif2 ja..x dak negative pon.. bleh buktikan kajian tu kata org len yg makan asap kami akan mati? Awat hampa x mao kata org bawak kreta tu salah? Lg ramai org dapat sakit jantung kerana dok termakan asap kreta time balik keja?penyakit ni tuhan bg..x isap pon bleh mati gak..pleaseeeee laa....apa masalah ngan rokok? Kami mampu...bini kami pon x akan kata apa pnya..malaysia wat larangan merokok,tapi jual gak? Jadi kira x salah la? Nak kata haram? Benda ni syarak x dapat tentukan pon? Fatwa ada la kata haram,tapi tahukah anda beza fatwa ngan syarak? Kami pon x mao debat2 ni..walaupon org kata kami salah..tapi kami rasa betul,benda ni x dak kacau sapa.. so x dak apa2 la kot na? kami pon doa2 la nnti anak2 hampa, laki2 hampa isap rokok..nnti hampa tgk la depa mati senang ka susah...depan mata hampa benda ni nnti jadi...

Makeup? Ya bini saya dan calon2 bini yg saya pilih mmg x suka mekap..selama ni pon dok kluaq x malu ja..relax ja...prempuan tu ja lebih2 pkir mcm2 pasal laki..tanggapan yg salah..laki ni klau bleh nak natural beuty...tapi klau rasa diri tu x elok,hodoh, x yah la nak berangan nak jadi cantek dengan cara nak makeup tebal2..dok umah sudeeh...hampa bleh kata jgn pilih laki isap rokok? Kami pon bleh kata jgn pilih pompuan perasan lawa..saya pon x rasa diri saya hensem,sebab tu la saya x mao makeup2...sebab saya rasa saya amatlah hodoh..tapi syukurlah saya x perasan..

DR asri? Haha..hampa kenai ka sapa dia ni? Sia2 la dia ni kena turun pangkat,kena pecat dari jadi mufti perlis..satu msia dok lawan dia pasal fahaman x btoi dia, hampa bleh sokong dia psai satu point dia hentam golongan perokok? Baca paper la dan kaji sapa dia ni?


(makin lama makin parah dah budak2 nih….)
Sapa pon bini kami nnti tgk la mesti dia akan suka apa kami suka..dia x larang,tapi dia tegur. Sebab dia syg kami sebagai laki dia..dengan cara email2 mcm ni,adalah dengan satu niat saja,menjatuhkan maruah seseorang perokok dengan menyatakan perokok tiada jati diri dan maruah dan tidak layak dipilih untuk menjadi suami...tapi x pa..ingat pesanan MUHAMMAD KHAIRI YAACOB,sekali hampa kata kat org, balasan dia tetap ada..

~kak YANIE~ saya tidak boleh terima org yg menghina diri saya..kak bleh bercakap pasal laki x dak duit nak pinang org,laki x dak tu,x dak ni...tapi kry x kan terasa sbb kry mampu..tapi klau bab2 rokok ni,ni adalah satu kegemaran kry & kry pon x suka nak melarang kegemaran org. nama dah di loop diatas dan kry terpaksa cakap mcm ni..ini adalah satu cara sindiran yg x bijak kerana menyebarkan benda2 yg sensitive mcm ni bleh merosakkan hubungan sillaturrahim sesame makhluk..setakat ni kami dok isap rokok kat dell ni x dak sapa pon yg mati kerana rokok kami. Kita dah membina satu hubungan yg baik selama ni dan jgn lah kerana benda2 mcm ni,saya dipaksa utk becakap kerana saya tidak suka bercakap dan memaki hamun saya..tlg jaga privacy org kerana org pon jaga privacy hampa...:)

~ni last email dari saya,dan saya x rela di loop dalam email2 seterusnya....

Thanks,
(NAMA DIRAHSIAKAN)


(Komen ini adalah serius…terima kasih pada yang mengkomen)


Komen ke Lapanbelas

Terima kasih pada pandangan anda NAMA DIRAHSIAKAN)oke will loop out ur name in future.

P/s : ok saya mintak maaf kerana telah menimbulkan isu sensitive di sini...saya hanyalah seorang yang suka share sumting.Jadi maaf lah kiranya bahan ini mampu mencetuskan kemarahan anda2 semua.

" Peace no war "

Warmest Regards,

Iryani Rahman
South Asia Customer Care Specialist


(Komen I dan ini yang terakhir…oke xmau gaduh2 saya hanya share)

p/s : kepada readers kesayangans…ini hanyalah bahan bacaan mengenai pendapat kawan2 dan saya hanya ingin share…xde kene mengena dengan sesiapa…

4 comments:

  1. Terbaekklaahh kak yani..full name lagi kuar tu..hehe

    ReplyDelete
  2. ha tudia pelakon pertama dah muncul...
    thanks singgah...singgah la lagik..

    ReplyDelete
  3. pelakon wanita paling gpopular laaaa..hikhik..

    ReplyDelete