DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Friday, June 10, 2011

Berpisah kita di sini..

KUALA LUMPUR: “Jaga diri baik-baik kalau abang tak sempat nak jaga sayang,” itu pesanan terakhir Mohd Hairin Mazlan, 24, kepada tunangnya, Norafiqah Atan kira-kira dua jam sebelum dia terbunuh dalam kemalangan.
Norafiqah, 21, berkata seperti biasa arwah akan menjemputnya di rumah sebelum menghantarnya ke tempat kerja di Jalan Klang Lama kerana pejabat mereka berhampiran.

“Kami bekerja di tempat sama, jadi dia menghantar saya ke pejabat terlebih dulu sebelum keluar ke Putrajaya untuk menghantar pesanan pelanggan,” katanya.
Mohd Hairin terbunuh selepas terbabit kemalangan di Kilometer 16, Lebuhraya Maju arah Putrajaya sebelum kawasan rehat Seri Kembangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas menyebabkan mangsa tercampak ke arah penghadang jalan manakala motosikalnya terseret 50 meter.

Mangsa yang parah di kepala dan muka maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang juga anak bongsu daripada 14 beradik itu bakal melangsungkan perkahwinan dengan Norafiqah pada 2 Julai depan di Kuala Selangor. Menurut Norafiqah, dia tidak menyangka keengganan arwah menempah kad jemputan majlis perkahwinan mereka itu menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mazlan Ali, 68, berkata walaupun sedih dia reda dengan ketentuan Tuhan.
Katanya, jenazah Mohd Hairin akan disemadikan di kampung halaman keluarganya di Kampung Bukit Senggeh, Jasin, Melaka.

P/s : Takziah buat keluarga mangsa...kuatkah semangat si tunang yang harus berperang dengan emosi dan berhadapan dengan perkara yang di luar kemahuannya.

sumber : belog fyna




2 comments:

  1. maut memisahkan mereka....sudah tertulis mahfuz nya...Al fatihah

    ReplyDelete
  2. banyak kan cerita yang mcm ni....ni salah satu dugaannya kak mimy....

    ReplyDelete