DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Wednesday, January 21, 2015

Blog dan kenangan pahit 2014 part 2



Salam readers,

adehh masuk opis lambat petang ni 
niat nak kontinue cerita semalam
ok meh tengok kat mana tah last ?? 


Tiap-tiap hari kami tido depan ICU sampai guard2 pun dah kenal
waktu2 yang kami dapat masuk memg manfaat bersungguh-sungguh
sebab kalau balik tido kat rumah pun dah tak de beza
tahun lepas ingat lagi masa tu bunyi mercun n bunga api kat padang polo tu boom boom tapi semua tu takdak mak apa pun.
Selagi tak nampak mata mak terbukak tak mampu nak jauh dari hospital.
Bayangkan drive balik jam 1pagi kul 2 pagi terus lepak depan ICU sampai pagi tido ats kusi.
Untunglah suami sangat memahami dia pun sama2 tido sebelah ai ats kerusi.
Siang-siang lagi la tak hengat tempat duduk kat tepi ICU tu semua keluarga kitorang je.Sampai ada yang kena berdiri.HURM pahit bukan ??

Setiap kali dapat masuk tengok mak selalu akan sembang dengan mak, memang lawak betul.Nurse kata kalau kita cakap dengan patient dia memg boleh dengar luckily hari yang ke 4 kot dapat sorang nurse yang offer nak jaga mak. Dia sudi update kesihatan mak tiap2 hari.Kami tak kenal dia, dia tak kenal kami.Hanya Allah dapat balas jasa beliau.Ok balik pada masa kitorang sembang..selalunya kalau tak baca yasin aku selalu sembang pasal masak-masak dengan mak.Biasanya kalau benda-benda tacing mak akan nangis.Syukur walaupun tak sedar tapi ada tindak balas.Oh ya kalau kita cerita benda-benda yang buat dia hepi heart beat akan naik tau...sambil sembang sambil tengok heart beat. Hari ke 4 , 5 dan seterusnya kami semua lebih tabah dan semangat. Kami kuat sebab mak pun kuat. Jujurnya memang susah, tapi hanya redha saja boleh buat kita tenang.

Masuk hari ke 7 atau 8 tak berapa ingat sangat mak mula buka mata, Allah seronoknya waktu tu....kami peluk mak sungguh2 cium mak tapi mak sebenarnya tak berapa ingat.Dia masih dalam sedar tak sedar.Takpe itupun buat kami happy. Doc bagitau mak memang kuat dan tabah. Doc kata ni MIRACLE.
Allah yang bagi semua ni...jadi kekurangan yang lain kami semua kena redha dan pasrah. Dry gangrene mak semakin lama semakin membiru semua 20 jari. walaupun dah sedar tapi mak masih kena pakai bantuan pernafasan segala bagai. Mak bila dah makin sedar dia tak boleh kawal diri sebab nak cabut semua mesin.Rimas, sakit mungkin kita tak tahu dia yang alami kita hanya mampu melihat.Sedih tauuuu doc ikat tangan mak kat katill. Amat sedih tengok mak tak mampu nak cakap apa.Mak tak boleh reply kita cakap sebab ada tiub dalam mulut.Waktu ni doc masih terus buat dialisis cuci darah semua.Lepas hari ke 10 mak dah mula stabil n ingat satu persatu. Doc pun dah buang tiub kat dalam mulut.Mak dah tak payah buat dialisis, doc cakap semua working fine. Buah pinggang, paru-paru, jantung everythings in good condition. Accept for one dry gangrene. Masa mak baru boleh cakap tu suara tak kuat luka tebuk n masuk tiub tu pun belum betul-betul sembuh. 
Dugaan ni hanya mak saja yang tahu betapa sukarnya tapi syukur semua okay. 

Hari ke 12 mak di trasfer ke wad biasa masih ats pemantauan doc. Masa tu mak kurus sangat, sangat2 kurus tau. Mak tak boleh jalan kena pakai pampers. Masa ni kami gilir2 jaga kat wad. Dugaan mak tak tamat kat situ tau. Bibir mak selalu berdarah memang heavy flow sampai darah kering mak tak boleh buka mulut langsung. Kesian sungguh tak mampu betul nak tengok tapi berkat nurse-nurse tu ajar kami adik beradik letak air garam kot setiap 10 minit basahkan.Memang 2-3 hari tak tido lena sebab every 10 min kena basahkan bibir mak. Bila kita paksa buka mulut jadi luka heavy flow semula.Fuhh ngeri tau nurse pun cakap tak penah jumpa patient macam ni. Allah hu tabah sungguh mak, dari hari dia sedar tu tak pernah nampak dia menangis bahkan mengeluh.

Ambil masa 2-3 hari sembuh la bibir tu tapi masalah lain pulak mak tak boleh makan bila makan muntah.Paham-paham la bila tiub masuk keluar anak tekak, ubat berdos2 makanan biasa makan pun tak mampu telan.Hari-hari beli agar-agar dan dadih pun tak boleh abiskan.Dah sama dengan tilam dah kurusnya. Ada 1 hari tu dia merayu-rayu dekat doc mintak nak balik rumah.Doc pun kesian siap suruh janji makan banyak2 pagi ni, mak ai makan betul2 pagi tu at the end muntah jugak.Doc kensel surat pelepasan balik.Bayangkan kena paksa diri makan dan buat-buat positif huh kental sungguh mak. Tiap-tiap pagi kat wad ada fisioterapi datang ajar mak jalan 1-2 step alhamdulilah 2-3 hari ada perubahan. Mak tak boleh jalan sebab masalah lutut dia yang dulu tu dan campur pulak dengan badan yang lemah sangat sebab tak makan. Ohh ya tiap-tiap pagi diorang datang buat pemantauan kahak yang byk dalam paru-paru mak so diorang akan sedut. Tiap kali nak sedut tu dia mesti takut kesiannya Ya Allah.Mampu duduk tepi tahan sebak.

Lebih kurang sebulan jugak lah kat hospital dalam awal bulan 3 kot dapat la balik...fuhhh hepi sungguh dia.Kami kat rumah pun kemain lagi sambut mak.Kalau boleh nak bagi aura-aura positif je. Siap katil mak semua memang hepi lah pendekkan cita tu. Masalah dry gangrene tu masih macam tu malah dah membiru erti kata lain urat saraf dah mati hujung-hujung jari kaki dan tangan.Doc takde pulak cakap refer kk ke apa cuma dia kata wait n see sebab dalam masa sebulan mak kena pegi GH semula. Doc larang bagi kena air takut jadi luka atau kuman or apa-apa.Kat rumah abah la bagi mak mandi sebelum nak mandi kena balut betul2 kaki n tangan mak pimpin mak sampai bilik air. Masa tu Allah nak uji pengorbanan abah dan keteguhan kasih sayang abah. Abah memg perfect man ! sentiasa di sisi mak tak merungut pun.Bahagia la mak ada suami penyayang. 

Kami semua pun ada di sisi mak masa tu Allah bagi percaturan baik je 
dua org adik study luar penang sorang merbok sorang kelantan.
Sorang cuti sorang lagi ada, dah takde sapa adik yang kecik ada, dan aku memang tetiap hari pegi umah mak dulu sampai sekarang. TQ Allah sebab kurniakan suami yang sangat memahami. 

Cerita tak tamat lagi panjang tau kisah dengan dry gangrene dia pulak lagi
sampai la mak sekarang dah agak sembuh dan kembali ceria.
its been a year
PAHIT BUKAN

p/s : continue esok

2 comments:

  1. Salam cik twin,

    Sedih aku baca kisah mak hg. Allah. betapa besarnya dugaan untuk hang sekeluarga tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk hadapi semuanya. Aku cuma mampu berdoa untuk kesihatan mak hang, dan alhamdulillah, aku hepi sekarang bila aku nampak mak hg boleh berjalan dah p bawah. Dugaan yg hg terima memang Allah buat untuk hang sebab Allah yakin hg dan keluarga mampu menghadapinya. I am so proud of you. Semoga hang terus kuat. Dugaan yang Allah bagi untuk kita jadi lebih kuat dan untuk upgrade iman kita. InshaAllah, besar ganjaran Allah untuk hang dan adik2 sebab jaga mak. Take care :)

    ReplyDelete