DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Tuesday, January 20, 2015

Blog dan kenangan pahit 2014



Salam readers,

Tak lambat kot nak ucap selamat tahun baru
2015
hoiiii dah 20 hari baru kau teringat yer.
Sebenarnya tiap2 hari rasa menulis dan update kat blog
tapi selalu tak cukup masa.

Kenapa ai teringat nak ber-blog??
sebab sekarang dah rasa sunyi sangat

sebab??
Team mate ai dah benti keja, yang sorang tak nak masuk opis sini dan tengah tunggu new team mate tu pulak laki mesti tak BEST !
dats y nak start buat sesuatu, dulu time ada masa selalu lepak sembang2 atau pegi jjcm atau pegi shopping.Now nak bangun dari cubicle pun rasa malaihhhhnya.
Dats y boleh manfaatkan masa.
Am i rite?

SETAHUN baru nak comeback ??

Setahun lepas masa 29 Januari 2014
pengalaman yang sangat menduga jiwa 
mak masuk wad kecemasan asal dan punca hanya demam biasa2
masa tu tengahari ingat lagi
sebab mak cakap tak sehat so ai pun pi la umah mak cam biasa masak tengahari semua 
tak semena2 masa mak berjalan keluar dari bilik
mak pitam n jatuh kat tengah hall.
Terkejut sangat, dalam otak ni selalu asik pikir y? y? and y?

ingatkan dah tamat kat situ, masa maghrib tu ai call abah ai tanya keadaan mak,abah cakap mak dlm wad kecemasan lagi.Tak sedap hati sangat, lepas maghrib ajak suami pegi hospital ganti dengan adik n abah.Dalam wad kecemasan boleh masuk sorang je, masa masuk tu terkejut sangat perut mak jadi kembung sebab paramedik cakap dah masuk hampir 24 botol air tapi keadaan mak still macam tu jugak.Katanya mak kena jangkitan kuman kat paru2 semuanya sebab sistem antibodi mak yang lemah.Sedihnya tengok mak terbaring lemah kat situ.Tuhan je yang tahu....Dorang dah arrange utk warded mak lama Ya Allah proses nak warded pun geram tau. Dalam jam 11 malam gitu baru tolak masuk ward. Masa tu kami semua ada dekat tepi mak, sebab baru masuk n nurse semua bagi can la...Malam tu abah cakap my turn la jaga, i dun care memang saat macam ni tak mau tinggalkan mak.Mak sedar taim tu dia siap tanya2 ai lagi jam pukul berapa semua.dalam kul 1-2 pagi gitu abah n lain2 tinggalkan kami berdua. Doc memang ada kat tepi buat pemantauan kat mak.Tak faham sangat setiap kali cek doc yang pakai penutup mulut tu jeling tengok aku.Konfem la aku rasa risau sangat, tah ape hal la dia asik buat muka saspen.

Dalam jam 3 pagi gitu doc panggil aku kat tepi dia cakap
Doc : Cuba u tengok pernafasan ur mom.Tak normal.
Aku : Gulp ! ( sungguh aku tak tahu nak respon apa )

so doc sages utk beri suntikan pelali bagi dia sendiri rest sebab mak yang tengah sedar tu sangat resah gelisah.Doc cakap sekarang kuman dan merebak dalam paru2 sebab tu denyutan jantung sangat tak normal. doc cakap my mom macam tak de harapan. Allah hu akhbar tak mampu tanggung beban kata2 doc tu.Bayangkan baru semalam kami melawak2 macam takde apa2 yang berlaku tapi hari ni dah jadi lain. Abah,suami n adik2 baru je balik...ai terus call suami suruh cepat patah balik. Masa tu suara dah jadi tah hapa2 nanges tak payah cakap la otak bercelaru. Then call rumah adik lelaki yang jawab, tak nak call abah sebab takut abah terkejut n risau so let my brother tell him slowly.

Jam 3.30 pagi kat hospital ai rasa sangat takut waktu ni bukan sebab suasana, tapi sebab keadaan yang nak kena tempuh tu. Waktu abah sampai ai memang sangat2 tak boleh tahan ai peluk abah kuat sangattt sambil tak tahan sebak. Kat dalam doc tengah cakap dengan adik n suami, diorang tengah explain yang diorang nak transfer my mom ke ICU tapi tengah bagi suntikan yang paling kuat tuk dia rest if not takut masalah sebab pernafasan tak normal.

Masa ni adik pompuan ai kat merbok tu tak tahu apa, she guest my mom demam biasa. Masa tu dia pulak tengah dok exam. So mintak mak sedara amik kan dia n explain slowly. Sebelum subuh tu sepupu ai datang dengan anak2 dia, diorang baca yasin kat tepi katil. Masa tu mak dah koma pun.Doc bagi bantuan pernafasan guna mesin tapi doc cakap tak membantu, so dia bagi support manually.Dia la yang pam tanpa henti. Terima kasih rite man bump into rite time.Lama dia mengepam 4 pagi sampai lepas subuh. Kitorang bergilir pegi solat subuh tu sementara tunggu mak di transfer ke ICU.

Selesai solat subuhku pagi tu jam 6.45 am dapat call cakap mak dah transfer ke ICU, so kaki terus menuju ke ICU masa tu takde rasa takut atau gementar.Segenap ruang hospital ada ruang biasa tak macam sebelum ni sikit2 takut n fobia. Sampai la hari semakin cerah sorang demi sorang sedara kami sampai n tunggu luar ICU.Rasa terharu sangat atas moral support dari semorang. Taim tu adik pempuan ai sampai kesian gila kat dia she dont rili espek kat ICU dia terus datang peluk ai.Well selalu kami tak de la macam ni pun tapi hati ai sangat tacing taim tu. Almost jam 7.30 gitu doc panggil saudara terdekat. Memang nak jalan laju2 nak tau macam mana keadaan mak.

Doc bagi taklimat sikit pasai penyakit mak, doc cakap kuman tu dengan sekejap merebak hampir semua organ dan dah totally damaged. Paru2, jantung, buah pinggang and all sebab kuman tu bergerak dalam darah.Doc cakap tekanan darah mak terlalu rendah. Tadi dari ward nak ke ICU dorang cakap jantung mak dah berhenti berdenyut almost 5 minit. So doc cakap sekarang ni pihak dia sendiri tak dapat nak pastikan sama ada mak mampu bertahan atau tak.Tiada jaminan 50-50 pun tidak. Allah hu akhbar tiada daya aku utk bertahan dengar penjelasan doc. Kaki terasa lemah sangat nak bergerak pun tak mampu. Berpaut kat suami je masa tu. Doc kata sebab jantung stop diorang bantu dengan ubat jantung yang dos paling tinggi dan mungkin akan ada efek sampingan in future. Doc cakap dia bagi masa dalam 10 hari mak akan sedar kalau tak sedar jugak diorang akan ulang step ubat tu semula. Tak faham sangat. Masa tu otak sangat keliru macam2 pikir.

Hari ke hari berkampunglah kami kat ICU.Hari- hari jugaklah tengok mayat keluar masuk. Dah takde rasa takut pun. Dalam 2-3 hari gitu nampak jari mak makin lama makin merah ke biruan seolah2 darah tak sampai. Bila tanya doc atau nurse diorang cuma bagitau mungkin ini la efek yang diorang jangka sebab tekanan darah rendah dan darah mak tak mampu di pam sampai ke hujung saraf jari. Kalau hal yang sama berlaku kat orang yang sedar mungkin dia masih boleh selamat sebab dia ada pergerakan.Tapi tidak dekat mak apa yang kami mampu tolong masuk sekejap2 urut sikit2 jari bolehla tupun takde kesan. Kalau nak tahu semua 20 jari kaki dan tangan kena. Dry gangrene penyakit lain pulak yang datang.


sambung lagi lah nanti penat la nulis

p/S : till then sambungan keadaan mak lepas tu.


3 comments: