DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Wednesday, June 8, 2011

Dugaan bertunang boleh ke di anggap MITOS ?

Salam readers (lambai gaya soley2),



carian Gugel


Sebenarnya hari ni dan sejak malam semalam terasa nak mengupas isu ni.Tak tau kenapa jemari montok ni teringin benor nak mengarang.
Malam semalam me + incik awk dinner kat pizza.Aku mkn spageti, dia makan piza,aku nak soup + garlic bread , dia nak chicken wings...
erm hadap sajor la...mkn smpai buncit lagik...masa lepas makan,aku pun show off la notes diary aku...
Perkara pertama yang aku nak bagitau dia ur future fiancee nih nak buat semua benda dengan sangat teratur dan sistematik...
dia pun puji la (bangga 2 saat) bagus la u ada notes bagai....tengah rancak sembang,
Dia mengeluh, dia diam lama....pastuh dia start cakap




" U tau kan abg i penah bertunang penah putus, kawan2 i pun penah camtuh...kawan2 i yg bertunang pun xtahan dengan dugaan bertunang.."
sangat2 dont like...aku vencik statement dia.....aku vencik benci kawan2 yang dok meng berikan harapan kabur....tekanan okehhhhhh !!!


Maka atas sebab itew aku research pasal tajuk entry ni...aku nak sangat tahu kebenaran sebenar...
pastuh aku terasa nak compare adakah ini mitos semata2...sebab ape ape yang kita fikir itew yang kita buat
same as this too......bawah ni ade beberapa kisah yang boleh di jadikan teladan...

=====================================================================

Kes 1


Dulu, saya tak percaya kalau orang kata, bertunang lama-lama ni bahaya..
Pada saya, kalau sebelum bertunang boleh je bercinta dengan aman damai tak banyak gaduh-gaduh,
selepas bertunang mesti la lagi seronok.. Rupa-rupanya, ada benar juga kata orang..
Saya dah pun merasakan dugaannya..

Rasa apa?
* Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk..
benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal..
Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak..
Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..)
   
* Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je..
selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa..
   
* Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa..
Tapi bila depan mata, happy je..tak ada pun gaduh-gaduh.. Pelik lah..

* Terasa susah nak kumpul duit.. Ini sejak 3-4 bulan lepas..
Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit..
tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit..
Terpaksa bawa plan ke bulan depan..dan begitulah seterusnya…
   
* Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”,
“selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”
…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…
   
* Mula ada godaan orang ketiga..
Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat,
tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat hon-hon nakal…yucks!!
   
* Kekasih lama. Dah lama hilang, tiba-tiba muncul.
   
* Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…
contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…
   
* Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat..
walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..
Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke…

p/s : sgt2 setuju....

====================================================================

kes 2


tolong.. dugaan bertunang yg aku tak tahan sgt..

:(  sejak lepas bertunang ni.. kitorang selalu gaduh.. kadang aku rasa mcm betul ke aku nak kawin dia..
betul ke dia nak kawin ngan aku..

gaduh plak psl mende2 kecik.. ada lg 3 bulan kitorang nak kawin.. aku tak tahan.. i am exhausted..

pempuan mmg camni ke.. member2 pun ckp pas bertunang pempuan mmg sensitif..

tolong la kwn2.. give me some ideas pls.. i cant stand this anymore..

p/s: kesian de ni....

====================================================================

kes 3

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? saya belum bertunang tapi akan bertunang..
Benarkah bila bertunang banyak dugaan.. Rasanya ya.. hehe bukan apa sejak nak bertunang ni emosi lain sikit, apa lagi bagi perempuan ;p.
Dari pembacaan saya antara penyebab banyak dugaan ni,
sebab syaitan ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah.
Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.

   1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.
   2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda,
      namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.
   3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
   4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.
   5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.
   6. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah..
      ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
   7. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.


Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

   1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.
   2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.
   3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.
   4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.
   5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.
   6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.
   7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, 
      bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.

Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut.
Kita harus pandai2 mengawal keadaan. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan.
Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

p/s : betul la apa dia kata

=============================================================

kes 4

RAHSIAKAN pertunangan dan UMUMkan perkahwinan…


eh kena rahsiakan??

Orang kita ni kan..kalau nak bertunang…amboi..dahsyat….bertunang saja tu

macam nak kenduri kahwin

sekarang ni siap ada trend…buat PELAMIN bertunang…

jemput sekampung….

meriah…sampai tak ingat dah apa kata syariat…

adakah pertunang perlu dihebahkan??

jeng jeng jenggg

rahsiakan pertunangan tetapi hebahkan dan umumkan perkahwinan

pertunangan adalah satu komitmen yang kita tidak tahu pengakhirannya..maka eloklah kita rahsiakan..bukan tidak yakin namun Allah menentukan segalanya

kerahsiaan pertunangan juga membantu kita mengawal diri dan nafsu

Pertunangan bukan TIKET untuk bebas bergaul

ingat tuh!

Orang kata tempoh bertunang tuh DARAH MANIS..

mana dooo…tetapi benar tempoh bertunang adalah tempoh yang mencabar

Dugaan memang banyak dan kita harus bijak mengharunginya



salah satu cara Islam membantu umatnya menjaga harga diri dan maruah…



katakanlah..seseorang itu bertunang..dah canang satu DUN Tenang…sekali terputus di tengah jalan….

bukankah sudah mengaibkan…..mulut manusia bukan boleh zip!

jika dirahsiakan..tup tup menikah…lebih SUPRISEEEE


p/s : ada betulnya jugak...tapi saya br tahu...ehheheh x sempat nak sembunyi...

=====================================================================

Ke empat2 kisah di atas telah membuatkan saya terfikir2 rasional nya status TUNANG

tapi saya ada reason sendiri untuk tidak terus ber nikah maka sbb tu saya nak bertunang sahaja.

9 comments:

  1. sis...pengalaman myself also...bertunang kena kuat...tak kuat rapuh...me also pernah tak nak kawen..sebab nyampah ngan tunang..hehe but he is my suami now..hoyehh

    ReplyDelete
  2. ye ke sis? sy rasa mcm nak je anggap mitos, geram dgn bf asik2 terpengaruh ngan ckp2 dan pengalaman org ~ sgt x adventure ~
    anyway sis thanks for drop by to my blog...heheh

    ReplyDelete
  3. Salam tuan empunya blog,

    Saya ada sedikit kemusykilan, just nak tanya mungkin dari pengalaman2 atau cerita member2, kenapa ye lepas tunang biasa si lelaki akan buat dono(buat layan tak layan) tunang dia sampaikan bercakap tidak(jumpa apatah lagi). Pastu dah nak dua bulan lagi nak kawin barulah si lelaki ni terhegeh2 nak manje dengan tunang dia, nak jumpe nak dating(antaranya sebab persiapan perkahwinan). Masalahnya perlakuan dono lelaki ini telah membawa orang ketiga dalam hidup tunang dia.

    Minta komen la sikit statement ni. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. hurm..tima kasih drop by kat blog ni...
    ini lah kemusykilan dia sebab i olls pun org pompuan...nvm...keep dis quest...nanti sy akn buat entry sambgn dan akan mengaitkan soklan ni...tapi secara ringkasnya sy rasa laki dia dah dpt 1 perasaan iaitu memiliki so dia memg bajet gila ngan status tunang tapi dlm ketidak sedaran dia tu lah permulaan kesilapan dia yang besar...nt sy smbg kat entry k..
    terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. sebenarnya nak cerita ni pon dari pengalaman jugalah. nak berterus terang kat sini, saya lah orang ke-3 tu. anyway dia dah selamat kahwin pon dengan tunang dia yang dono tuh. saya mula2 tak tau pon bercinta dgn tunang org neh. kadang2 rasa pompuan tu macam tak fair lah kat tunang dia dan saya. maybe sebab kesunyian, nak damba kasih sayang sanggup terima saya sebagai teman lelaki sementara menunguu hari perkahwinan.

    itu cerita lama dah la sis, sekarang saya pulak nak bertunang. risau2 saya pulak mula buat perlakuan dono ni akan buat tunang saya skandal dengan laki len. ade yang kata kat saya lepas tunang ni uji sikit pompuan ni dengan buat dono je. tapi risau la sebab pengalaman dah mengajar kita.

    thanks la sis bagi komen ikhlas sbg org pompuan :)

    ReplyDelete
  7. hi....erm...seronok rasa dapat berkongsi pengalaman kat sini..sbnrnya kan dr pglmn kita bljr kesilapan kita...pd sy awk xperlu uji bakal tng awk setelah menjadi tunangan kelak sbb pe tktnya timbul hal2 yg xingini dr status tunang sndiri anda akn di uji oleh yg maha esa..untk mjd dono dan mbiarkan tng awk tu mencari2 cinta awk akn buat dia pkir sejenak ttg awk dn kptsn dia utk hdp bsm awk.sy kira adalah lebih baik jika hbgn kamu berdua spt biasa spt skrg slg cinta mencintai tanpa ragu dan was2....jika ini berjaya maka awk boleh sangkal dugaan bertunang adalah mitos semata2....semoga awk berjaya menempuhinya....

    ReplyDelete
  8. Hurmmmmmmmm..... skg ni sy rse mcm xnk kawen je dgn tunang sy tu

    ReplyDelete
  9. huhuhu..dugaan bertunang sungguh hebat..cuma bijak mengawal emosi..smua yg ditulis kat ats tu ada dlm situasi sya skrg..hanya bserah n tawakal kpd Allah..smoga dipermudahkan dalam urusan demi melangkah alam perkahwinan..

    ReplyDelete