DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Thursday, August 27, 2009

adus susah tol nak cr keje.........

“Bilalah nak dapat kerja ni..??”
Sehelai demi sehelai mukasurat suratkhabar itu dibeleknya. Dah hampir lunyai pun. Segala macam peluang pekerjaan telah di tandakan dan dihubungi, tetapi tidak mendatangkan hasil. Mungkin ada satu atau dua temuduga, tapi panggilan penerimaan untuk bekerja tidak pernah diterima. Internet? Jobstreet.com.my? Monster.com? Boleh dikatakan hari-hari menghadap internet untuk mencari kerja. Semua dah cuba..tapi masih sama, tidak membuahkan sebarang hasil.
Tempohari telah mencuba untuk pergi dari pintu ke pintu syarikat untuk mencari kerja lagi..dengan harapan mungkin mereka akan tertarik apabila melihat kesungguhan untuk sanggup datang ke pejabat secara face to face. Sehari suntuk masa, wang, dan tenaga dihabiskan semata-mata untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian. Ke hulu hilir membawa dokumen-dokumen dan sijil-sijil penting, dengan satu harapan - untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Aduhh..sakitnya kalau begitu kan?
Begitulah senario yang terpaksa dihadapi oleh sesetengah orang yang mahu melangkah ke alam pekerjaan. Ada yang senang untuk mendapatkan peluang pekerjaan, dan ada juga yang sudah mencari berbulan-bulan tetapi masih tidak mendatangkan hasil. Pada mereka yang bernasib baik - sebaik sahaja keluar dari universiti terus mendapat tawaran bekerja dengan bayaran yang berpatutan. Tak perlu susah-payah untuk memikirkan tentang kesusahan mencari kerja ni.
Tapi bila asyik menghadap ruangan mencari pekerjaan selama berbulan-bulan - rasa bosan, marah dan kecewa dengan diri sudah mula menjadi kebiasaan. Alhamdulillah, mungkin sehingga ke hari ini saya sendiri tidak pernah merasakan kesusahan mencari kerja, tetapi apabila melihatkan kawan-kawan yang bertungkus lumus menghantar resume kesana kemari…membuatkan saya tertanya-tanya dan merasa seperti mahu membantu. Adakah kerana terlalu memilih pekerjaan? Permintaan gaji yang terlalu tinggi? Tidak cukup pengalaman bekerja? Atau mereka gagap ketika temuduga? Atau mungkin kerana tidak cukup persediaan untuk menghadapi temuduga?
Kadang-kadang bukannya salah mereka pun..cuma mungkin belum tiba masa dan rezeki untuk mereka barangkali. Tapi yang pastinya, saya cukup kagum dengan semangat dan usaha mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk terus mencari kerja yang bersesuaian.
Tidak kiralah samada mereka merupakan lulusan luar atau dalam negara, memang masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Banyak kali juga saya mendengar pendapat ini - “…alaaa, awak senang la nak dapat kerja. Tak perlu risau, lulusan luar negara..mesti senangnya nak dapat kerja..” Pada pandangan saya, mungkin ada benarnya kata-kata itu - kerana apabila seseorang itu merupakan lulusan luar negara, mentaliti masyarakat terhadapnya terus automatik akan mengatakan bahawa dia mesti berpengalaman luas dan lebih professional. Tapi, saya agak kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Secara luarannya, lulusan dalam atau luar negara tidak seharusnya menjadi batu pengukur untuk menentukan nasib seseorang itu dalam mencari pekerjaan. Yang penting adalah cara pembawakan diri, keyakinan dan kebolehan setiap individu itu.
Walau macam mana susah sekali pun untuk kita mencari pekerjaan, janganlah sesekali kita putus asa. InsyaAllah satu hari nanti usaha kita pasti akan mendapat ganjaran yang berbaloi. Bak kata pepatah,’bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’

No comments:

Post a Comment