Salam readers,
Terdetik di hati kecil ni nak bertanya dan mengupas
kupas la sangat....tak, macam ni kawan2 readers, semua sedia maklum PERTUNANGAN adalah satu fasa yang amat-amat scary..macam-macam benda boleh berlaku.Aku pun sampai sekarang rasa kesian dengan semua yang berstatus tunang sebab banyak dok takut dengan itu ini begitu begini dari mulut-mulut orang.
Ini aku nak tanya pendapat korang semua dan nak share pendapat aku sama.
Boleh ke jumpa selalu ?
okie yang ni semua orang, bukan aku sorang yer...family aku, kawan-kawan aku, kawan kepada kawan aku, kawan kepada mak aku....semua lah...depa kata tak buleh. why x buleh ? pasai hampa tu darah maneh. Bila kerap jumpa kerap gaduh, nanti timbul fitnah la macam-macam lagi.Tapi hakikat dia larat ka nak ikut semua pendapat tu ?? as long hampa boleh jaga batasan sebagai anak yang solehah..cewahhh silakan.Ikut la macam lagu tu...duduk renggang-renggang, jangan pegang-pegang...uhuuhuuh
Salah ke kalo kita sebagai perempuan selalu bertandang ke rumah tunang kita ?
kalo bab ni kan tak tau nak described macam mana....sebab kalo ikut pendapat aku, bagus kalo kita pi rumah bakal mertua, eratkan perhubungan dan yang terpaling penting ini adalah proses prektikal kita bila mana kita bakal menjadi sebahagian daripada orang dalam rumah tu. Uolls kalo jenih aku ni, susah nak close dengan orang yang "baru" dlm life....so bila kekerapan kali buat benda sama hasilnya...insyaAllah berbeza...korang akan rasa more confortable dan yakin. Tapi di nasihatkan xpayah la lepak umah depa sampai tengah malam buta ya...semata-mata nak mendekatkan diri dengan keluarga mertua, itu adalah kurang bijak uolls.
Kalo ada kenduri kendara sanak sedara boleh ke bawak tunang kita ?
hahah ni 1 lagi, so dalam experience yang tidak seberapa ni aku pun agak confuse, sebenarnya elok jugak kita bawak tunang kita bersama + keluarga kita.Jangan berduaan yer....tapi sebelum itu kikislah niat show off...hahahha pendapat aku, kalo korang bawak at least "dia" kenal siapa pak uda kita, siapa pak ngah kita...dan sepupu sepapat kita. So, bila di suatu hari hampa keluar dating tetiba terjumpak dengan pak uda korang, xde la dia terpinga-pinga...at least dia buleh bukak tajuk yang depa berdua penah bualkan masa depa fes taim jumpa. hahahhah Tapi elakkan la selalu dok bawak sangat...hampa mesti confuse kan ??
maksudnya boleh nak bawak ke kenduri tapi jangan la kerap2 sangat....
Let say keluarga bakal mertua ajak holiday, boleh x gatai nak ikut ??
Erm...yes memang gatai nak ikut...holiday khenss...hihihih heheh begini yer kawan-kawan...kamu-kamu semua seronok nak bercuti kan...go on sajia..enjoy your day....lagipun bukannya kita galak-galak offer diri...depa yang offer so why not kita pi sama-sama. dalam perjalanan yang jauh @ dekat tu...jangan la dok sentiasa berkepit dengan tunang hampa...try to lepak-lepak dengan adik2 dia...sembang-sembang pasai tudung bawal ka, pasal online shop kat Fb ka, pasai supermarket yang buat offer ka itu lebih berfaedah.
Tetapi harus lah di ingati...anda boleh pergi sekiranya keluarga anda RESTU okayy...kalo mak pak x bagi toksah la melawan...nt try bagi alasan yang paling munasabah kat bakal mertua.
Pernah tak hampa alami sindrom family yang susah nak lepas anak ??
Sindrom macam ni hanya berlaku bila hampa tu adalah anak sulung @ anak kesayangan @ anak bongsu dalam keluarga hampa.Ni experience aku sendiri............after a long time kami kapel...kalo nak keluaq umah, nak p makan ka, nak p dating ka semua mak aku mesti bletiak punya...pot pet pot pet...normal la...nama pun mak mak. Dan apabila kami sudah ada 1 ikatan...mak aku tetap buat hal...ekceli...dia bagi keluaq dia izin...tapi naluri jeles dia xdapat di bendung...Contohnya, aku kata nak p umah tunang depa ajak masak-masak biasa la sunday mud family day la...then mula la mak aku buat babak-babak sedih...dia nanti masak sedap-sedap...lauk feveret aku..pastuh pancing-pancing aku...oh well aku paham politik semua tu...kadang-kadang tu dia bagi ayat-ayat sedih...hadoi...pujuk rayu aku memang xjalan dah la....
Bila aku balik muncung dia 40 depa dah...so aku tidak akan sekali-kali cerita apa momen-momen indah yang aku lalui dengan keluarga bakal mertua.Sampai sekarang aku pun agak buntu la jugak, nak jaga hati mak....so bagi cerita seperti ini, cari seseorang yang boleh merelaikan masalah ni...depa tu la perantara kita, depa tu harus bercakap secara jujur kat mak kita...dan kita doa saja la agar mak kita faham situasi kita.
sebenarnya uolls aku rasa ada banyak lagi yang bermain di kepala tapi cuba korang baca yang ni dulu and nak jugak tau pendapat hampa.
p/s : FB deactivate sebab dah kantoi dengan incik tunang.So xpela lepaskan FB demi yang tersayang bila dia dah cool baru nak active balik.