DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Wednesday, November 27, 2013

Challenges :: Parents for A day





As salam readers,


Sory yer arini takmo continue pulau aman vacay
walopon cerita incomplete hehhe gelak jahat
tapi ada orang nak baca ke?
Lantak lah ^__^

Al-kesah terjadi 2 minggu lepas
abang n kakak ipaq attend convo si iman , konvo tadika kemahen buat kat Northam tower.
Maka si adik lutfya tak boleh la di bawak sekali
so kami amik cabaran jadi parents for a day
macam bes jer, macam eksaited je
hahah

Kami amik dia tengahari
terus bawak lunch kat Mc.D
masa ni kemain nak control keadaan pasai dia macam panik tiba2 bertukar tangan
dia memang tak mau kat aku
sobss sobss sobss
masa ni suami aku la handle dia yang dukung n tenangkan princess kecik ni
bila keadaan dah ok somi aku pi beli makan aku bawa dia pi main kat playground situ
sep baekkk

Punya eksaited nak bagi princess minum
dia bagi minum coke
lahai pakai sedut ja la budak ni
bila aku tengok semacam kerut aku tanya
" ayaq pa ni ?"
somi aku kata coke la
aku dah " miahahhahaha "
yer la dia tak tahu pun fes taim kan
maka terkedek la lagi pi beli milo pulak
budak ni nampak tenang skit masa dok posing
manesss




manis kannn geramnyaaa
next stop
kami plan nak pi cuci keta hat machine tu
princess ni teruja tengok air memancut-mancut
*tetiba*
beliau telah terkencing atas aku
suddenly pampers tu di pasang senget maka serpihan pun meleleh
*aiyoooooooooooooo*
kendian tak tahu arah dah somi suruh pegi umah mak aku jer pasai dia kata tak konfiden dengan aku
ciss kek sunggoh
sementara nak sampai buleh beliau tidok kat pangkuan aku...hahah so suwittt
sampai umah mak aku, dia geleng kepala je baru suh jaga sekejap dah x konfiden hahah
banyak masa lagi nak prektis mumyy oiii

Dah bangun tido tu terus plan nak pegi playground n jalan-jalan jer


oloh olohhhhh geramnya buat muka kompius gitu


Ada orang kata muka kami sama
betul ke??
somi aku sayang betui kat budak ni, mementang anak menakan pempuan sorang ni je
sayang gilosss


masa ni tengah nyanyi kemain...ikut nyanyi lagu milo
gelak mengekek aku dengan suami
bijak sungguh


nyanyi sampai feeling abesss

Next stop 
kami pi playground
suka sangat la dapat meluncur sana sini
kemain


*triple action*


olohhhh nomeyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

instapic
harap maaf aku haplot gamaq satu-satu walhal ade je gamaq yang aku dah combined
maaf yer, saja nak suruh tengok aksi kami.




dan candid yang paling aku suka sangat-sangat
sangat-sangat suka


kan suka kan 
comeyyy 
nampak macam budak kecik ni bebai sebab daddy suruh balik
n punya bebai takmo balik.
Tapi sebaliknya dia ni ok je menurut perintah.

p/s : tak tahu bila lagi dapat peluang macam ni....

Short Vacay :: Pulau Aman



As salam readers,

hari ni aku nak skip insta life
boleh?
tak sabo-sabo sangat nak story short vacay aku
last pegi jalan-jalan pun masa hanimun beb
gile lama tak berpeleseran gitewww
abis-abis dating pusing-pusing pulau je lor
FOOD HUNTING katanya

ok al-kesah kali ni
kami plan untuk buat short trip @ day trip gitew
sempena adik aku yang nomot 3 dapat masuk uitm 
alhamdulilah 2 dah masuk U kebanggaan mak abah tu... tinggai hat kecik ja
aishhh melalut ok trip kali ni di sponser penuh oleh kakak penyayang iaitu AI @ saya
*ehem-ehem batu manja puler*

*ceria sangat aihhh*

Begitupun kami plan serba ringkas
kena pulak hari tu ada Penang Bridge marathon day 
depa dah start tutup penang bridge daripada pukui 1 pagi sampai pukul 10 pagi esoknya
kami amik langkah terbaik tidok sampai kul 10 baru bangun kendian baru bergerak
*hahah inisiatip sangat*
maka dengan itu jalan ada lah super smooth 
tak jem seperti jam2 sebelumnya

Perjalanan kami start dari seberang iaitu melepasi jambatan memang fully guna pak WAZE
jadi memang tak sesat lah, lagipun if ikut petua pak GUGEL pun sama je exit batu kawan terus jalan sampai penghujung, di situ la letaknya Jeti Batu Musang.

Ok jom layan gambar


sampai jumpa batu ni maka betul lah ini jeti nak ke pulau aman


pemandangan dari atas


ni entrance nak masuk ke jeti, ada la jual-jual sikit depan tu, jangan risau hampa turun lagi, ada 2 3 kedai makan mee ketam,laksa semua ada
perjalanan nak beli tiket tu kena di teruskan lagi
*macam jauh sangat*

turun part by part
sambil turun sambil baca, apa yang best kat pulau aman
and kat ruang ni pun ada phone num untuk tempahan homestay dan challet
macam-macam pilihan harga RM70-RM200++ gitew



nahhh dah sampai bawah lek lu amik gamaq apa yang patut dulu
*asben aku macam mai jauh-jauh*

kat bawah ni punyalah ramai orang, aku ngatkan depa ni semua nak naik bot macam kami la
rupa-rupanya sini tempat depa lepak-lepak santai je
siap ada 1 family ni bawak bekal botingkek-tingkek dengan tikaq semua nak berkelah uolls
cehhh awat la aku tak tau apa
*naifnya diriku ini*


ni bekground jeti (tempat beli tiket)


ni bekground kedai2 makan yang aku habaq atas ni tadi



tudia nampak tak depa geng nam jahanam tu dah kedepan sementara kami dua dok kedek2 kat belakang g
*nampak tak orang dating auwww suwitttt*
turun part by part
sambil turun sambil baca, apa yang best kat pulau aman
and kat ruang ni pun ada phone num untuk tempahan homestay dan challet
macam-macam pilihan harga RM70-RM200++ gitew




ok ni lah dia tempat membeli tiket
nampak tak yang hujung sekali yang ada bumbung tu
*lawak okay tempat beli tiket*
harga untuk 2 hala
DEWASA :: RM6
KANAK-KANAK :: RM4
berbaloi-baloi kan?? tapi keselamatan atas tanggungan sendiri
takde nya life jacket semua
sebab bila hampa naik tu dalam 5 minit pun dah sampai
speedboat weyyy


tengok muka aku macam tak takut tapi penakut ya amat
dah la tu kaverina la tengok-tengok laut semua hahah
dup dap dup dap



nendia geng nam jahanam
asben aku gila kamcing ngan budak kecik ni
hahah seronok la dia tiket dia 4 hengget ja, berguling-guling gelak


ni plak geng tak bopa nak jahanam sangat
ihih
sama tinggi dah rupanya



ni pun sama menggedix tak abess

oke uolls dah sampai
biasalah jeti begini lah suasananya
tang sini dah ada orang jual hasil laut depa yang jadi kering-kering tu
belacan, ikan, sotong ala macam kat pangkor tu
tapi ni kecik-kecik je




ni plak selit sikit gamaq ikan berenang-renang alahaiiiiiii
seronoknya macam nak pi lagi



oke la uolls nanti aku buat sambungan lagi
ada banyak lagi gamaq yang ada
untuk hari ni takat ni ja la tak larat nak taip
apa pun happy wiken

p/s : jangan lupa update baca hat sambungan naaa daaaaaaa











Thursday, November 21, 2013

Happy Life ~ Rumah manis kami




As salam readers,

maaf yer selagi tak habis gambo selagi tu tak habis menaip
tapi janji ini aku dah pilih2 longgok masuk 1  story dalam 1 entry hehehhe

al kesahnya
lepas kami kawen iaitu pada 23 mac 2013 lepas, kami terus otomatik pindah rumah sendiri
ekteli bukan rumah yang aku or somi beli
ni rumah keluarga aku
aku yang sewa dengan depa hahah
gitulahhhh

mempersembahkan
rumah manis rumah kami


ni la rupa rumah kami
orang panggil rumah ceni rumah cluster
sebuah rumah ada 4 pintu
rumah ni design lama so dari segi keluasan memang luas lah 
cuma hall depan rumah ada sikit sempit



suasana morning2 rumah ai
yang tak bes kawasan ni 1 je, orang bawah suka suki je besarkan rumah extend dapor bagai sampai tinggalkan betul2 ruang kami lalu naik atas n parking moto
gerammmm
mak cik bawah umah aku ni rajin bebeno menanam kemain pasu dia meleret sampai nak naik tangga
nasiblah jiran-jiranku semua surirumah sepenuh masa


ok ni je ruang halaman luar rumah yang kami ada
memang sempit la
penyidai baju pun nak kena sharing caring
sep baek la jiran depan ni baik hati
baik sangat2
korang tengok bucu pemegang tangga tu nak turun tu
korang banding dengan gambo aku kat bawah tu
ada kan pix pemegang tangga dalam pix aku bawah ni
besaq tu je la laman kami


masa ni nak pi tengok wayang
feeling sengih abis ibu mengandung malam tu
2 hari pas gambo ni di ambek
aku keguguran
sobbsss


ok ni part dalam pulak tu gate umah aku n nampak akuarium tu gate umah depan
heheh sweet tak
rumah depan aku ni chinese
lot perumahan aku tu lot campo
aku rasa lagi bagus lah
sebab tak banyak kepoci


ni plak jalan nak ke dapor
ruang tengah bilik makan
tgk ruang blakang tu ada pintu
itu la dapor aku sebelah dapor bilik air
sebab ni design lama 
maka semua ruang dia besor2 termasuk bilik air
memang ko boleh berkubang la dalam tu
kebanyakkan penghuni dah reno n dah jadi lawa la
sebab ni rumah keluarga
so keluarga aku pun takde plan nak reno lagi


lepas aku letak rak TV dengan home theater ni
begini lah jadinya
rumah aku takde sopa loren lagi
sobsss
ingat sebelum ujung tahun ni nak kena beli
TV n mesin basuh somi aku dah beli b4 kawen

Perabot dalam bilik kami dengan dapor semua family aku hadiahkan
lepas balik honeymoon
kami terjah masuk macam lepas kena deko2 dengan eric leong tu
SEPRAISSSS!!! gitew

syukur sangat ringankan beban kami untuk hadapi fasa pertama wedding



ni Photo frame side
intead of gantung2 semak dinding
aku letak kat sudut ni
lagi bagus
semua frame hadiah kawen aku gunakan je...banyak frame orang bagi



yang ni la bilik insepirasi
kadang jadi bilik laundry
bilik store
bilik lepak2
bilik solat
haishhh boleh selaraskan kegunaan ikut situasi




Wednesday, November 20, 2013

Happy Life ~ Insta life iii




AHMAD AMSYAR BIN AZRULHAMM

- anak abang ipar n kakak ipar
- strong boy, di mana kelahirannya saat 6 bulan setengah
start tulang dan kulit di kemudiannya membesar dan seluruh keluarga mengharapkan si kecil ni terus menjadi kuat dan tabah
- sini aku nak share semua moment aku dengan dia
- 4 bulan dalam incubator tak sape pun dapat tengok dan lepas bulan ke 4 doc dah bagi balik n pantau pembesaran dia slowly

Alhamdulilah Amsyar my brave boy


ni kat hospital 
first time ever meet okayyy
teruja sangat


kat rumah mentua ai
see mak caq n mak caq excited sangat
pak caq takut sebab dia kata amsyar ringan,okayyy buktikan amsyar sayang leh berat lagiii



ni kat rumah amsyar dah
makin bulat cikebum cikebummmm


ni kat rumah aku
masa buat doa selamat ri tu
alalalalalal geramnyaaa


tengok tuuuuuu
gerammm


style pulakkkk






all about LOVE


SAMBUNGAN



Happy Life ~ Insta life ii




Yang ni part 2 aku nak sort jadik makanan jeeeee 
boleh tak



Roti telur goyang
- ni aku buat lepas aku tgk kak shu yang publish gamaq ceni
kiranya inspired kak shu la
- sekali aku try buat banyak kali pulak somi dok request
- tak elok makan selalu somi oi


Port masak
- ni clearly show yang aku sangat tidak disiplin ketika masak
- camni la jugak meja aku kat offis, time berkemas tu aku la paling lambat
- meja skolah errrrr tak ingat pulak


Macaroni goreng
- most feveret aku, kalo tak tahu nak makan apa, ni je la aku melantak
- wajib beli tetiap bulan tanpa putus is macaroni dengan tomato puree coz tak pakai yang siap masak tu
- somi salu cakap ai tak makan ni ai tak lalu ai tak western.....elehhhhh



Potluck officemate

- alkesahnya aritu dok gugel2 semua cakap pretzel sedap sedap sedap
- maka officemate kata jom makan dia belanja
- maka aku pun bawak lah donat choc ni, beli dekat kedai mak je
- jadilah potluck makan maneh-maneh



order Bihun singapore
-jangan tak tahu, ni bisnes mak aku
- aku tolong-tolong ja,aritu ada banyak order masuk tak menang tangan, syukur
- tapi hat ni ja dan aku snap
- nak order leh pm aku kat fb



Satay daging qurban
- ni pulak kesah nya masa lepas raya haji
-kebetulan mak aku masuk share tumbangkan lembu, maka ada banyak la daging yang dapat
- salah 1 menu satay, first mak aku try n boleh tahan la jugak, grill atas magic pan aku je...ajaib tak??



Ayam Masak Merah
- first time buat, sebab keinginan yang melampau
- alhamdulilah somi ai sukaaaa



Rassam (sup herba india) + Daging goreng kunyit
- dua-dua is my feveret
- rassam tu aku masak guna rempah siap, kalo buat sendiri mesti lagi ummmphhhh



Nugget tempura dan Roti goreng
- kudap=kudapan di malam hari
- bolehlah untuk tekak laki n bini



Nasi lemak buah bidara
- cewahh nama tak mengalah
- kalo buat nasi lemak pagi wiken maknanya haper?? 
pertama :: sebab aku ada aura terlebih rajin
kedua:: nak jek(bodek) somi la tu....nampak tak permainan disitu ??




cheesekut super leleh
- buat 3 bekas, alhamdulilah jadik yer..
- kali kedua buat masa open house baru2 ni
- licinnnnnn next nak buat masa nak pi umah mak mentua since adik2 ipar aku suka bebeno menjilat bekas la aksi nya.



Meatball ala ikea
- inspired by kak mimi, kak mimi mana?? kak mimi gojes tu la mak nyer si fayel tu
- ada sikit tak jadi sebab derhaka resipi, walau begitu rasanya tetap tip top okehhh




Mee kicap style
- akibat beli mee petang tu maka menu malam is mee kicap....
-walau rupa hitam hasilnya vasss, somi ai melantak sampai abis okayyy

SAMBUNGAN