Salam readers,
saat jemari aku menaip nih, dah genap 3 hari aku sebagai tunangan orang.
Perasaan???
korang rasa bahagia ke?
Di majlis aku yang serba indah, penuh kegembiraan, debaran, cinta, kasih dan sayang
bakal FIL rebah dan pergi buat selama-lamanya.
Susah jugak aku nak terima hakikat,
tapi aku gagahkan jugak..........walo apa pun jadi aku kene tabah
Tanggal 5 Febuari yang lepas ahad sekitar jam 3 petang,
rombongan lelaki hadir dengan membawa 11 dulang hantaran
di sambut meriah, gelak tawa usik mengusik oleh family aku.
Yang mulakan bicara bakal FIL dia yang mula menutur segala, semua yang hadir diam dan biar dia terangkan semua sampai jelas segala apa yang mahu di bincangkan.
Dah selesai bab itu, pak cik aku mulakan bacaan doa.
Kebetulan Incik awak mintak family sediakan kerusi sebab bakal FIL xleh duduk bawah,
kebetulan jugak BFF letak kerusi di satu sudut, betul2 mnenghadap ke arah kiblat.Saat doa selesai di baca,
saat semua aminkan doa, bakal FIL rebah selamanya............
Selang bebera minit, ada yang bagitau kata bakal FIL pengsan, semua kat luar ingat biasa,
tapi hati aku jadi x sedap.
Abg sulung Incik awak berlari-lari panggilkan Incik awak, family aku terpana, terkejut semua ada
Incik awak terus call ambulance, pastuh cepat2 dorang check lepas hampir 4 kali bantuan CPR, dan tiada response pihak ambulans mengesahkan bahawa bakal FIL memang dah meninggal.........
semua rasa x puas hati......suasana agak hiba, sedih, pilu.....aku tak tau apa sebenar perasaan aku time tu.Berpelukan aku dengan adik pompuan Incik awak, masih terkenang2 wajah ceria arwah.
Ya Allah berat sungguh dugaan buat aku.
terduduk jugak.
BFF terus bincang ngan driver ambulans mintak dorang double confirm dgn GH.
semua setuju untuk rujuk lagi ke GH.
Dalam hati aku mintak2 la semua yang berlaku ni x betul, cuba pujuk diri sendiri....
bayangkan 30 minit yng lalu,
aku sangat2 hepi
berdebar,xtau macam mana nak ekpresikan kat sini
sekelip mata kegembiraan menjadi sangat sedih.
Time tu mekap aku dah macam hantu
akibat menangis yang tak terhingga,,,,dalam hati aku cuma takut kami tak dapat bersama lagi.
setelah bakal FIL terus di bawa ke GH
salah sorang dari rombongan lelaki mintak untuk teruskan hajat arwah satukan kami
dalam suasana sangat hiba tu
mak cik tu suapkan gula, sarungkan cincin
gula dalam mulut terasa sangat tawar.........sedih sgt2
tangan aku hulur terketar-ketar
Allah je yang tahu macam mana dugaan itu aku galas dengan penuh rasa syahdu
Ya Allah, i need somebody shoulder to cry to.........i really need time!!!
sedih, hari yang aku hitung bukannya hari gembira,,,,,,,,
Arwah bakal FIL rebah betul2 setelah bacaan doa di amin kan, rebah berdepan semua anak2 dan isteri, rebah sujud menghadap ke arah kiblat, rebah pada hari yang sangat2 baik.
Semalam family aku ziarah arwah hantar arwah sampai selamat di kebumikan.
Hajat arwah satukan kami telah semua tunaikan
yang pasti sehari sebelum rombongan sampai, arwah sangat2 eksaited dan dia nak sangat semua cepat-cepat selesai.
Ya Allah beri aku kekuatan untuk hadapi situasi ini.
Ya Allah panjangkan jodoh kami, restukan perhubungan kami.
P/S : dalam fesbuk semua nak sangat tengok gambar saya bertunang, tapi sebenarnya saya rasa sakit hati tengok gambar saya gembira.Maaf beri saya ruang untuk cuba belajar erti redha atas setiap apa yang berlaku.
Itulah dugaan pertamadi alam pertunangan kami.
sabar ye yani sayang... hebat dugaan kamu.. tp, kita sebagai manusia x boleh nak ubah apa2..perancangan ALLAH lah yg lebih tepat... kita x mintak semua benda ni jadi... sama2 kita doa agar arwah abah dicucuri rahmat...amin..
ReplyDeletesabar yer dear... kalau ade ape2 just call akak k... HUG..
InsyaAllah kak anyway thanks sgt2 sbb kol aritu
ReplyDeletedear yani, kak harapkan korang ber2 kuat yer hadapi dugaan. Yg pergi dah selamat, yg idup mesti dteruskan.. Alam ptunangan ada dugaan dan cabaran nya. Akak dulupun hampir2 x jd ekoran mulut "si tua" itu. Syukur cinta kami kuat..
ReplyDeletedear yani, kak harapkan korang ber2 kuat yer hadapi dugaan. Yg pergi dah selamat, yg idup mesti dteruskan.. Alam ptunangan ada dugaan dan cabaran nya. Akak dulupun hampir2 x jd ekoran mulut "si tua" itu. Syukur cinta kami kuat..
ReplyDeletearghhhh.... sadisnya. takziah ye sayang.
ReplyDeletetenks nana...takpelah dugaan 11 bulan yang lepas.
DeleteSalam perkenalan buat Mea.. takziah utk arwah FIL..sgt menyentuh cerita Mea..semoga Mea tabah ya..dugaan sentiasa ada d mana2..
ReplyDelete