DariLensaMindaKu

About Me

My photo
saya orang yang simple...kehidupan serba sederhana.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang tidak gemar social network life.Difference make us understanding,caring and loving day by day.We complete each other! Nak kenal saya lagi jom follow....

Tuesday, May 31, 2011

Menggapai Sinar Cinta Allah

Salam readers...
Tajuk hari ni agak la sangat berat...bukan sebab ape...sebab kalo nak bercerita mengenai fakta memang aku bukan antara orang yang pakar.Masa tengah sedap melayan kerja-kerja nan banyak di opis sambil jemari mula menaip setiap balasan email,sambil sebelah lagi tangan indah sajor memetik-metik tetikus dr 1 blog ke blog yang lain dalam erti kata lain (saya sedang blogwalking).

Setiap blog yang aku lewati sumenya ada pengikut masing-masing atas sebab sabib penceritaan hidup sendiri mahupun fakta serta gossip hangat.Tatkala jari terdetik kat 1 blog terlihatkan 1 ayat dan terkasima seketika.... indah sungguh ayat ini...andai setiap yang singgah ke blo itew menjadi follower nya...hurm...rata2 blog yang dah memg utuh dengan follower yang beriban mahupun beratus amat jarang sekali memaparkan sesuatu yang x ramai ingin baca.

Maka atas sebab tu terasa terpanggil-panggil untuk meneruskan pembacaan dan seterusnya mengeshare nya disini...
Mulakan pengembaraan bercerita :-

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.
 
 


Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu. Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136: (maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal

Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain. Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).

Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.

Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya. Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.

Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut “dosa- dosa si polan tidak akan diampunkan Allah.” Ringan perkataan itu di lidah kita, amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim). Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai.


Indahnya Doa Jangan sesekali berputus asa.
 
 
 


Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.


"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)


Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)


Jadi, mengapa masih perlu berdoa?

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.

"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)


Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)


Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.


Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja. 


p/s : Hasil carian Gugel ~ sharing it with readers ~

Thursday, May 26, 2011

Persediaan Pertunangan

18 Perkara Utama Bakal Pengantin Perlu Tahu

Perkahwinan adalah perkara yang menggembirakan. Sebut saja kahwin semua menggambarkan pelamin dan busana yang indah. Tetapi bagi pasangan muda dan bakal pengantin, mereka masih lagi kabur dengan perancangan perkahwinan. Kadangkala ada juga perkara yang mereka terlepas pandang sehingga keadaan menjadi kelam kabut. Malah apabila sudah hampir pun, anda masih buntu. Ada yang lepas tangan menyerahkan tugas kepada orang lain. Anda sebagai bakal pengantin perlu tahu perkara-perkara penting dan sampingan supaya majlis lebih teratur dan meriah. Berikut adalah perkara yang bakal pengantin mesti tahu.






1. Rancang Kewangan
Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan. Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut, gam, dan lain-lain.

2. Perbincangan
Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.

3. Konsep majlis
Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.

4. Khidmat perunding perkahwinan
Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan majlis anda.

5. Tempahan di kedai pengantin
Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam. Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah. Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.

6. Jurugambar
Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda. Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin mendirikan rumah tangga yang bahagia.

8. Orang yang terlibat dalam pernikahan
Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.

9. MenJemput kumpulan muzik
Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.

10. Menu
Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah dirancang lebih awal.

11. Kad jemputan
Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.

12. Hebahkan majlis anda
Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri ke rumah mereka.

13. Pengesahan tempahan
Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.

14. Pemeriksaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV. Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang anda telah tempah menjadi ketat.

15. Rawatan kecantikan
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri. Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.

16. ''Honeymoon''
Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan, kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.

17. Pembantu
Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl dan penyambut tetamu.

18. Senarai acara
Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam kabut.

di cilok daripada: http://www.pesonapengantin.com.my/idea/pertunangan/

wednesday are speechless

~ I am speechless with none of words ~


p/s : XoXo

Monday, May 23, 2011

When monday say hello

me : Hi monday
monday : hi dear...
me : why you are here
monday : to remind you that u have lots of pending case
me : ohh really..
monday : of coz larh...( tampor laju2 pipi chomell saya)
me : monday...eceli i have problem with me n myself
monday : sharing is caring...now tell me what can i help you.
me : lately i have 1 sindrom which is i can't 100 % focus on my jobs
monday : hurm maybe my friend saturday and sunday may help you to resolve the problem
me : yes i think so...can i met them
monday : yes sure....but you have to go through 4 destinantion and need to take four flights...then only you will have chance to met them...
me : where is the location? How long should I wait for ?
monday : 1 - tuesday wait for 1 day
2 - wednesday wait for 1 day
3 - Thursday wait for 1 day
4 - Friday wait for 1 day
total day you have to wait is only 4 days...
me : warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
monday : good lucks peeps ....

p/s: moral of the story....jangan cuba2 nak memiliki sesuatu dengan mudah...selamat bekerja...T_T

Sunday, May 22, 2011

Kebizian yang terlampau....

Salam reader ( melambai2 dengan gaya ucop wilca)......

Hari ni adalah hari yang sangat bizi utk aku........sebab aku masih x siap task utk setting paper exam budak2 tuition....hadoiii nak buat set 1 je pon....saje je dok mendelay...bila buat kje last minit...paham2 la....sebenaknya aku buat peruntukan masa la kunun2 smlm nak setelkan sume...last2 bila dah hadap pesbuk pastuh blogwalking....jangan harap lah nak smbg kje2 terbengkalai.....natijah nya 5,30 pagi tertidow depan lappy.....



Dalam pukui 6 a.m camtuh abah dah terjaga dia dah kejutkan budak malas 2 ekor tu...kejut subuh yer....ok saya tdow sebab cuti ohohhoho.....sambung tdow...kesian abh dia nak berangkat pegi hatyai pagi ni....hepi sgt dan jugak esaited melampau pulak aku tgk ahhahah dok tunjuk kat mak tentatif program....hahaha yg kitorg ni dah xsabo dah....langkah je kaki dia kat tanah sat g kompang pun mula la bunyi hahahah.....


amboi na abah feelin siam nampak.....bila abh tak dak makanya tugas sy otomatik jadi berat....

i am ur lady boss- sekian

Bangun pagi...xde la pagi sangat.....teringat kan baby blue yng dah bersepai dgn taik burung....Jadi berusaha untuk :-

cuci kete sendiri

hahhah pes taim ni aku cuci sendirik....mcm org gila la sekejap.....aku adunkan shampoo keta bersama penggilap tayar....punya la bangang sehingga aku x perasan kan botol penggilap tayar tu telah tertuang dlm bancuhan shampoo....lantak la janji memang kilat r....

lepas je bersiap2 kete tuh bawak mak n adik2 kasik sumbat sume dlm keta.....perjalanan pertama p makan2 sbb apa mak aku kata kita belagak la sari ni...ringan beban aku abh hg x dak leh cuti masak...kesian kat mak...kami pun breakfast merangkap lunch sbb dah bangun pun lewat kan....

 
ramai na....bukan femly haku.....hahhaha

lepas makan sambil pot pet semua mula la tugas sebagai drebar pada hari ini....
pes p hantar si cicak kobin tu nak p tuisyen....

saya pemandu yang sangat berhemah

selamat meng pi belajaq yer cik cicak kobin

lepas tu hantar adik yang kecik tu pulak men bola dengan kelab dia....hahahh padan muka lewat sikit hari ni kapten datang player lain dah bengang dah tgu kapten....

kapten kelab....hahhahahha

lepas tu bawak mak shopping barang2 dapo sat pastu kan seb bek ade tinggal sorg g adik yg leh tolong angkut barang2 masuk kete....

hahha mujur la ...kalo x aku la kene lagik....

lepas tuh antaq balik adik bersama barang2 shopping......and then bawak mak p tengok perabot...saje2 cuci mata heheheh lama sangat kan dok terperap so saje je la....

santekkk lkan????


lepas tu ajak mak lepak kat pelita nasi kandar sat then baru gerak balik umah.....ibu dan anak kalo kuaq jalan2 memg best musti ada benda yang nak di bincang2.........tenkiu mak make my day so bright....


pastuh malam pulun wat kje tuition ...due date dia ahad iaitu next day hahahhahah harap2 komplet....

p/s: Masih tunggu phone call abah....mak risau la plak....





Friday, May 20, 2011

Hari yang mencabar

Selasa lepas kitorg ( aku + incik awk) dah janji gile nak kuaq setelah lama sgt x kuar dating....hahhaha kigha dating ka..dak kot...erm jumpa sekejap...

pastuh dr pagi aku pun pulun la setelkan keje2 umah sbb aku dah siap aply cuti semata2 nak ngemas umah....jadi sesi perkemasan tu hambik masa 3 hari la jugak...br setel semua...lega sangat...

Then bila dia kol dia suh aku hamik dia....wah banyak cantekkk selalu sgt baby blue murah ati..boleh je g amik n hantar...tp arini sajew nak buat kudukut...." u la pulak datang amik i..hamboi..sian baby blue..."

...baby blue dengan rendah diri nyer...

dok tengah tempek bedak x5 dok melalak nyanyi lagu "soley3" uhhuuhuh lohhh pasepa de ni dok keep on calling...xkan dah xtau umah aku kat mana smpe nak kene kol bagai...

tibe2 dia habak " u amik i kat esso ni...temperature keta i naik la..." wah memang tau....sebal betul...

okehhh saya tidak emosi....saya masih menempek bedak....hahahha dlm hati xrisau pun..ko kedekut sangat kan ko dok lah teman bini nomber 2 tu...sayang kan...ha ahhaha memg gelak keji la ngan aku......

Then dengan sopannya aku bagitau mak abh nak kuaq that day hujan memg bagus sgt la kalo abh bagik kuaq kan...tetiba ja dia xkesah pon...hahha mebi depa tau aku ngan incik awak lamaaaa sgt x jumpe...

hati dok seronok mcm gila....dup dup dap...yap2 yeh...
hurm....benti je tepi tu....tengok oloh2 kecian incik awak dok tepi jalan tunggu aku...ghase cam nak hamek gambak...awas !!! hahah nak cari pasal..muka tengah kesengalan dlm otak dok terpikir RM bakal melayang...muka serius serabut ...



kesian na....then dia mulakan bicara " I lapaq kita makan dulu ek then baru kita pk mslh keta I "

hahaha makan yes2 aku suke makan dulu...tp lepas makan aku tanak join la ikut dia dok memikir mslh itew...hahah kejam.. kesian na...

Masa jumpa tu adalah masa sangat emas...aku suka sangat2...masa tu dapat klarifikasikan diri dia..
Dia yang aku maksudkan itew incik awak la dan aku suka sangat kalo setiap tindakan atau perlakuan dia tu aku manipulate dengan kehidupan harian nanti ...di ulangi nanti....uhuhuhuh....ok.

peh makan2 sume aku drop lagik dia kat esso tempat tinggal kereta dia....



cian kan...erm tah ape dia dok godek2 tetiba dia kalih n sound aku...tolong jgn tambah kemarahan boleh x....eleh2 cool la,,,,mujuq i amik u tau kalo x u lepak kat esso ni smpai pagi...uhhhu



                          ...Kesian usih2 kesian....


hihihi Sekian sahaja entry saya...



p/s: Entry ni di terbitkan dek kerana saya sangat2 kesian dengan dia...

Dia adalah sumone yang sangat2 menjaga saya dengan baik...
Dia juga adalah sumone yang sgt menghormati keluarga saya dan adik beradik sy
Dia jugak adalah sumone yg selalu berada di sisi saya susah dan senang daripada 5 tahun dulu...
xpenah dia jemu pun layan karenah saya...
Dia jugak sumone yang sangat2 sayangkan keluarga dia..dan apa yg saya tahu dia sgp buat ape sahaja demi org2 yang dia sayang...

paling menyentuh hati bila ada orang lalu lalang n mintak sedekah or jual ape2 even xde duit banyak dia akan bg jugak..

Sebab tu saya yakin dia adalah pilihan saya yang terbaik...walopon saya selalu menuduh dia macam2 tapi memg lumrah org bercinta..pasang dan surut...Terima Kasih Allah S.W.T sebab menemukan saya dan dia pada waktu dan saat yang x terduga...amin....

kecewa + terkilan + berdoa

salam semua readers.....secara langsung mahupun tidak langsung....


tengok tajuk pun rasanya dah tau kan situasi aku skang mcmana...mcm2 rasanya masalah menimpa kami especially hubungan kami yang terjejas gara2 sumber2 luar kadang2 dah rasa fed up sgt...kenapa dorang ni x habis2 nak heret kami dlm maslh dorang....xtau macam mana nak mula story tapi sebetulnya aku kelu sejuta bahasa dan xtau mcmana incik awak nak hadapi mslh ni...dan yang paling memberi tekanan nanti dah tentu aku....ibarat di luah mati emak ditelan mati bapak...kalo simpan bahaya boleh bawak kanser atau ulser...hahahha giler je...

tu baru hal pertama....hal kedua nya adalah kerja....selalunya aku sangat2 x suka buat hal keja jadi mslh besaq dlm hidup pada aku kalo tanggungjawab sebagai pekerja just follow the flow....tapi kali ni dorag ni dah melampau sgt pada aku....dan saat ini hanya aku tunggu satu keajaiban je...memg dah xde harapan nak letakkan harapan menggunung....

Dan bila org sekeliling yang x abis2 bagi tekanan....dgn soklan kak bedah seperti di bawah :-

1- bila nak kawen
2 - bila nak tunang
3- dah dapat date ke
4- bulan 6 dah dekat ni...
5- kenapa nak drag smpai bulan 7
6- bertunang x susah la...kenapa nak delay2
7- korang x serius ke???

soklan2 seperti di atas besenye akn di jawab mengikut peringkat....kadang tu aku jawab jujur la...kadang tu mls nak laya...senyum ;) x perlu kata apa2...

Fine kalo ade yg kata...eh silap hg lah awat hg habak awai2 bulan 6 nak bertunang....ye aku ngaku dengan penuh redha silap aku...dah korang tnya aku jawab estimated month....

tapi balik kepada persoalan azali....
Kalo kita ni manusia biasa yang dok merancang n mem plan bagai....Dia yang lebih berhak menentukan segalaNya.....

Jadi kalo hampa dok bagi soklan kak bedah tu lagi...hampa adalah golongan yang x percaya Qadak dan Qadar....

sekian....

p/s: aku rasa macam nak masuk dlm laci doraemon n harap2 masuk ke zaman akan dtg leh gak ushar sapa laki aku yg sebetulnya....

Thursday, May 12, 2011

Kamoo dan Shaye...part 2

Lama x hapdet....di sebabkan oleh kereje2 yang sgt menimbun dan jugak kes yg tah hape2....tensil sekejap...
bila dok teringatkan setting paper budak2 ni x habes2 lagik....makanya otak aku da tambah sejengkal tebal nya....uhuhuhu adeh lahh...

Ha....nak habak ni isnin lepas aku ada chat fb ngan kak jumie saja la mintak dia suggest kan tips2 perkahwinan lebih meaning kepada persediaan dr segi baju, kaler tema n etc....

Aritu jugak lepas pulang dr bekerja....jumpa school mate...huhuh byk jugak la kami stori mori...lebey kepada peribodi  peribadi la....mula dari situw dia dok tanya aku pasai incik awak...hati rase lain mcm je...mana de ni tau ek.....uhuhuh pastuh dia kata dah hg official kat belog....ahhah terkasima aku memg la kan....uhuhu...ok tenkiu reader....sayang hang.....teruiskan sokong na....

erm minggu ni khamis n jumaat kene training tools baru yang akn kitorg guna...erm...merasa lah rehat sekejap...tapi mslh la bila aku kene tutorial mmg leh ngantuk tahap gaban.....uhuhuh....

macam dah menyimpang jauh kan dgn tajuknya....

adehhh....

okeh selasa malam lepas kami mengedate....xdo la p mana just p makan sebab masa sgt la jeles....lagipun dia ada game malam tu...game apa????



hobi baghu dia.....xleh nak halang lagi dah....terjebak dah kan...uhuhuh aku mula2 payah jugak la nak understand....tp bila makin lama tu makin la paham sebab xmo la asik nak salah paham....kesian kat dia...
dia kata reason dia :-

buleh ???? ahhaha berotot sakan...hahaha pastuh kan pandai pulak dalam diam2 ubi berisi kentang dia dok 

bulleh ??? hhahah apa ekspresi orag len bila si jantan beria bagai loose weight + facial tapi hakuu nan hadooo

mak kesah ke??? dulu2 nak beli

                             
                    baju


                         boxer


                   spec mata


                         jeans


                          kasut

  sume mau tnya sama aku....tapi la ni pandai kowt....sendiri2 je beli pastuh tayang2 baju dia beli n jarang sekali pakai baju yang aku beli....

ada 1 baju aku penah beli kemeja padini smpai hari ni xleh pakai2 lagi....uhuhuhuhuh saiz tidak dapat di muatkan ....uhuhu ampun sayang....

hurm...malam ni pun dia tinggalkan saya sbb pegi game lagik....rindunya.....lama x sembang2....

p/s: mau training lagik esok.....sudah ngantuk.....nite sume...(gaya bajet ramai reader setia...)






Sunday, May 1, 2011

Jom berkenalan ngan ex2 boipren cik editor....

Hahahhahahah  sukanya dan bangganya bila berpeluang nak mengnayang depa dlm blog aku....know what depa ni mcm memori aku la zaman skolah dulu...punya la dok menggila bagai dengan depa...padahal depa haram x kenai aku pun....anyway meh tgk sapa......

Khalid Jamlus - Perintis Skuad Olimpik 2000



ekteli ini adalah poto yang di pinjam dr incik gugel...jadi..ada ketika hampa leh nampak ada ketika xleh...ihihi nama pun pinjam kan....

nin dia la hero kesukaan aku....memang dulu2 mati2 sangat2 minat kat dia....apa power dia...hurm...xtau la mebi sbb budak skola kan...



dulu2 ada simpan poto ni tapi xtau la aku letak mana siap letak dalam album lagik kelasss kau !!
sbb dia la aku minat sgt2 bola...tiap2 hari aku check surat habaq bapak aku beli...kot2 kalo ada gambaq dia esok tu sure berlubang punya la paper tu...ihihih betapa fanatik....kan? kan? hampeh + sengal...ada 1 lagi yang membuatkan ke sengalan aku tambah lagi 2 inci....sbb aku potong foto dia yang pose kire paling hensem la kan...aku letak dalam photo frame....hahahha dulu2 mana mampu nak pkai henpon lagi kalo x letak kat wallpaper je la kan...then ari2 pas balik skola tgk frame tu smbil dok feelin lebey2...uhuhuh...

V.Saravanan - Perintis Skuad Olimpik 2000



hero yg di maksudkan itew adalah yang sedang bertongkat itew...xdpt nak cr gambak lain dlm gugel dah...

Tu dia hampa musti x sangka kan...hahahha memg la...memg betui aku suka sangat2 kat saravanan nih...cute apa dia...almaklumla time aku skolah tu bollywood tengah naik...ihihihihi sekali suka la feelin2 lebey kan...since khalid ngan sara ni mcm close kan...erm...so mcm rasa nak amik tau hal dua2 la kan....nak minat pun dua2...penah aku beli 1 majalah ni time tu kebetulan ada cta depa...huish apa lagik kan next day tu berlubang la majalah tu ahha nasib kau la...tau aku boh kat mana??? dulu2 dok boh dalam purse..budak skolah la katakan....ulang lagik skali budak skolah la katakan...memg lawak la...tp tu la kan...sejak tu jugak kerap beli majalah bola sepak....xtau la smpai bila aku tersedaq yang aku sebenaqnya sedang membazir....ihiih

Orang kalo dah minat hampa ckp apa pun aku buat xtau ja....aku kan buat collection gambak depa 2 ni so dok memintak la jugak kat budak2 laki...last2 depa suka sound aku mcm2...eleh ngada la depa xmo bagi tak pa la...uhuhuh tu lah namanya memori...

Freddie Prinze Jr. - Pelakon Luar



Ni la dia poojaan hatiku....xtau pasepa aku minat gila kat dia mebi sbb rupa dia xpun sbb mata dia...auwww menggugat jiwa dan sanubaris ku....

Kenai dia pun sbb dia berlakon 1 muvie ni...



hampa penah x tengok cta ni...ala yang lagu tema dia tu di nyanyikan oleh sixpence none the richer - kiss me...
bes ooo cta ni aku smpai ke la ni dok tengok lagi sbb cta dia bes...salah 1 cd muvie yang paling aku jaga n sayang....ihihihihih ni kira lakonan dia taim muda remaja la...la ni da kawen mana hala dah aih...


hampa tengok ni...x makan ati ka..muka baguih dok marah tapi aku sikit pun xtakut....malah aku cayaq lagi ada la....kalo la incik awak muka marah dia macam ni senangnya ati.....hahhah takut hampa makan ati la....
kalo incik awk muka marah dia memg menakutkan aku...sbb dia lebih banyak mendengar dari bercakap...tapi bila dia lebih bercakap dr mendengar itu adalah amaran tsunami....ihihihih

Ekteli aku nih adalah daripada kalangan orang yang sangat susah nak memuji dan memberi pujian yang IKHLAS....kadang2 tu terpaksan la ka....tapi memg kebarangkalian nak dapat pujian dari aku sangat tipis...Jadi bila aku mula suka pada sesuatu atau pada seseorang tu tandanya memg aku betui2 suka...dan sangat2 suka...serta akan menunjukkan rasa teramat suka ituw....its not easy to be me....ahhahahah

ni 4 orang depa ni pun aku minat jugak la...tapi x la smpai tergila2....

Dato Shah Rukh Khan
(Deni aku minat pasai memg la taim aku skolah tu tengah sangat2 meletup la cta n lagu2 bollywood jadi dia perintis la umpamanya...gila tengok cta Kuch2 Hota Hai dulu menangeh2 hilang ayaq mata oi...)


                

                    Arjun Rampal     
(deni aku pilih sebab dia kacak erm...macho la kot)


                    Shahid Kapoo
(Deni pulak ala2 laki gentle ihihih mcm ada style )




Brian - Westlife
(pasepa aku suka deni...iihih sebab dagu dia terbelah dan dia tinggi macam incik awak...)


hhheheheh itulah sedikit sebanyak dari hakoo untuk hampa......ececeh bila hampa baca mesti hampa pun nak teringat memori zaman skolah kan....

apapun kita siapa pun kita...memori akan sentiasa berada di belakang kita...dan detik yang meneman kita saat ini adalah bakal2 menjadi memori yang akan di tinggalkan....